EKOSISTEM 1 Flashcards
(20 cards)
Definisi Ekosistem
Ekosistem ialah gabungan beberapa komuniti organisma yang hidup bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain serta dengan komponen bukan hidup seperti air, udara, cahaya matahari dan tanah dalam satu habitat tertentu.
Komponen Ekosistem
Organisma hidup: Pengeluar, pengguna, dan pengurai.
Komponen bukan hidup: Air, udara, cahaya matahari, tanah.
Pengelasan Organisma dalam Ekosistem
Pengelasan terdiri daripada pengeluar, pengguna (primer, sekunder, tertier), dan pengurai.
Pengeluar
Organisma yang boleh membuat makanan sendiri melalui fotosintesis.
Contoh: tumbuhan hijau.
Pengguna Primer
Herbivor dan omnivor yang memakan pengeluar.
Contoh: beluncas.
Pengguna Sekunder
Karnivor dan omnivor yang memakan pengguna primer.
Contoh: burung berkecet.
Pengguna Tertier
Karnivor yang memakan pengguna sekunder.
Contoh: helang.
Pengurai
Organisma yang menguraikan bahan organik mati menjadi bahan mineral dan nutrien.
Contoh: bakteria, kulat.
Aliran Tenaga dalam Ekosistem
Tenaga bermula dari matahari dan dipindahkan melalui rantai makanan dari pengeluar ke pengguna.
Proses Fotosintesis
Tumbuhan hijau menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.
Rantai Makanan
Rantai makanan menunjukkan urutan pemindahan tenaga dari pengeluar ke pengguna.
Siratan Makanan
Gabungan beberapa rantai makanan yang saling berkaitan dalam ekosistem.
Piramid Nombor
Menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam rantai makanan.
Kitar Nutrien dalam Ekosistem
Nutrien seperti air, karbon, dan oksigen dikitar semula dalam ekosistem.
Kitar Air
Air diserap oleh akar tumbuhan dan dibebaskan ke atmosfera melalui transpirasi.
Kitar Karbon dan Oksigen
Tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui fotosintesis.
Saling Bersandaran dalam Ekosistem
Organisma saling bergantung antara satu sama lain dan dengan komponen bukan hidup untuk memastikan keseimbangan ekosistem.
Keseimbangan Ekosistem
Ekosistem dikatakan seimbang apabila organisma hidup dan komponen bukan hidup berada dalam keadaan harmoni.
Gangguan pada Keseimbangan Ekosistem
Gangguan seperti pembalakan, pencemaran dan pemburuan haram boleh mengganggu keseimbangan ini.
Kepentingan Ekosistem
Menyediakan makanan, tempat tinggal, dan sumber semula jadi serta menyokong kehidupan pelbagai organisma.