Peribahasa Flashcards
(36 cards)
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
Masing-masing orang ada kesukaannya.
Lain bengkak lain menanah
Lain orang yang bersalah, lain orang yang dihukum
lain lubuk lain ikannya
Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan
Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh
Mati semut kerana gula
Mendapat bencana kerana sesuatu yang terlalu menyenangkan
Gajah putih
Sesuatu yang merugikan
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu hendaklah sampai sudah
Seperti kapas dimakan api
Cepat runtuh / binasa
Seperti gembala diberi keris
Pemberian yang tidak berfaedah
Bagai galah di tengah arus
Menggigil;
Selalu berkeluh-kesah (唉声叹气)
Lintah menghisap darah
Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang
Merak mengigal di hutan
Menunjukkan pandai kepada orang bodoh
Adat juara kalah menang
Dalam setiap usaha tentu ada untung ruginya
Alah bisa tegal biasa
Kerja susah menjadi senang kalau selalu dibuat
Patah tumbuh hilang berganti
Terus menerus ada gantinya
panas tidak sampai ke petang
Sesuatu yang baik tidak akan kekal selamanya
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Jika bernasib baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Orang yang mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila dibantu orang.
Rosak bawang ditimpa jambak
Menyusahkan keluarga akibat perbuatan
sendiri
Usang dibarui, lapuk dikajangi
Mana-mana yang tidak baik diganti atau dibaiki
Adat dipakai baru, kain dipakai usang
Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat