Peribahasa & Maksud Flashcards
(63 cards)
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Mengalami susah senang bersama-sama
Bermuka dua
X jujur
Kalah menjadi abu, menang menjadi arang
Walaupun kalah atau menang dalam sesuatu perselisihan, masing-masing akan mengalami kerugian
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama
Bagai aur dengan tebing
Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi
Air yang dicincang tidak akan putus
Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan
Bagai inai dengan kuku
Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan
Ada udang di sebalik batu
Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya
Ada ubi ada batas, ada budi ada balas
Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan
Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket
Seseorang yang ingin menutup kesalahannya dengan mencari alasan lain atau meletakkan kesalahan ke atas orang lain
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
Apabila seorang guru itu mengajar sesuatu yang tidak baik, ia sangat mudah ditiru oleh muridnya
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Sebijak mana manusia itu pasti akan melakukan kesilapan
Belum bertaji hendak berkokok
Seseorang yang belum mempunyai ilmu yang cukup tetapi sudah berlagak
Besar hati
Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi
Ada nyawa ada rezeki
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan
Ada batang, cendawan tumbuh.
Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
Babi merasa gulai.
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Bagai air mencari jenisnya.
Mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu.
Bagai anjing melintang denai.
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
Bagai anak nangui.
Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain
Cacing hendak menjadi naga.
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.