SIMPULAN BAHASA Flashcards

(115 cards)

1
Q

Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

A

Abang Angkat

Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.

A

Abang Ipar

Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Abang yang seibu sebapa.

A

Abang Kandung

Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Telah musnah sama sekali.

A

Abu Angin

ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

A

Abu Jahal / Abu Lahab

Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Orang yang suka berhelah.

A

Abu Nawas

Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

A

Ada Akal

Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

A

Ada Angin

Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

A

Ada Bakat

Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Ada peluang.

A

Ada Can

Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

A

Ada Gaya

Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Keinginan.

A

Ada Hati

Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

A

Ada Jalan

Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

Ada sesuatu.

A

Ada-Ada

Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Adat dalam istana raja.

A

Adat Balai

Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.

A

Adik Angkat

Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
17
Q

Adik kepada isteri atau suami.

A

Adik Ipar

Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
18
Q

Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.

A

Adik Kandung

Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
19
Q

Bertinju.

A

Adu Buku = Beradu Buku

Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
20
Q

Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

A

Adu Domba = Mengadu Domba

Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
21
Q

Berhadap-hadapan muka.

A

Adu Kening = Beradu Kening

Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
22
Q

Beradu kekuatan.

A

Adu Lengan = Beradu Lengan

Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
23
Q

Mencari rezeki.

A

Adu Nasib = Mengadu Nasib

Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
24
Q

Mencari rezeki.

A

Adu Untung

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
25
Sudah menjadi kebiasaan.
Air Mandi Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.
26
a) Wajah | b) Maruah
Air Muka Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.
27
Paras air laut yang meningkat.
Air Pasang Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.
28
Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Air Sembilan Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.
29
Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.
Air Setaman
30
Paras air laut yang turun.
Air Surut Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.
31
Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Ajak-Ajak ayam Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.
32
Orang yang pandai tipu muslihat.
Akal Belut Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.
33
Orang yang pandai tipu muslihat.
Akal Kancil
34
Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Akal Sejengkal Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.
35
Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Alas Cakap Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.
36
Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Alas Kata
37
Makan sedikit.
Alas Perut Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.
38
Berubah pendapat atau fikiran.
Alih Akal = Beralih Akal Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.
39
Berpindah tempat tinggal.
Alih Angin = Beralih Angin Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.
40
Menyamar.
Alih Muka = Beralih Muka Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.
41
Pura-pura baik.
Alim Kucing Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.
42
Perubahan masa.
Aliran Masa Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.
43
Kehendak masyarakat.
Aliran Masyarakat Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.
44
Maksud yang tidak kesampaian.
Ambil Abu Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.
45
Berpuas hati dengan apa yang ada.
Ambil Ada Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.
46
Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Ambil Angin Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.
47
Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.
Ambil Bahagian
48
Beri perhatian.
Ambil Berat Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.
49
Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Ambil Haluan = Mengambil Haluan Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.
50
Berasa tersinggung.
Ambil Hati Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.
51
Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Ambil Ibarat Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.
52
Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Ambil Ingatan Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.
53
Membuat sesuatu supaya disukai.
Ambil Muka = Mengambil Muka Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.
54
Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.
55
Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Ambil Tahu = Mengambil Tahu Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.
56
Umat manusia.
Anak Adam Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.
57
Sungai kecil.
Anak Air Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.
58
Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Anak Angkat Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.
59
Baju dalam.
Anak Baju Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.
60
a) Anak saudara. | b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Anak Buah Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
61
Bukit kecil.
Anak bukit Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.
62
Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.
Anak Didik Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.
63
Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.
Anak Emas Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.
64
Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Anak Gahara Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.
65
Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Anak Haram Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.
66
Lelaki yang berani.
Anak Jantan Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.
67
Anak sendiri.
Anak Kandung Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.
68
Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Anak Kapal Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.
69
Penduduk di sesebuah negeri.
Anak Negeri Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.
70
Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Anak Perahu
71
Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Anak Piatu Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.
72
Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Anak Pungut / Anak Tut
73
Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Anak Tunggal Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.
74
Kehairanan.
Angkat Alis = Mengangkat Alis / Angkat Kening Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.
75
Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Angkat Bahu Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.
76
Sombong.
Angkat Diri Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.
77
Pergi meninggalkan.
Angkat Kaki Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.
78
Menentang sesuatu tindakan.
Angkat Mata Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.
79
Dimanja-manjakan.
Angkat Muka Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.
80
Terkenal.
Angkat Nama Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.
81
Berperang.
Angkat Senjata Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.
82
Meninggikan suara.
Angkat Suara Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.
83
Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Angkat Sumpah
84
Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.
Anjing Hitam
85
Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.
Anjing Kurap
86
Berperang.
Angkat Senjata Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.
87
Meninggikan suara.
Angkat Suara Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.
88
Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Angkat Sumpah
89
Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Api Peperangan Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.
90
Perasaan cinta yang meluap-luap.
Api Percintaan Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.
91
Mendapat malu.
Arang Di Dahi / Arang Di muka / Arang Di Kening Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.
92
Pengalaman.
Asam Garam Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.
93
Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Atas Angin Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.
94
Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Atas Nama Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.
95
Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.
Atas Pagar
96
Orang yang berani.
Ayam Jalak Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.
97
Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Ayam Tambatan Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
98
Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Api Peperangan Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.
99
Perasaan cinta yang meluap-luap.
Api Percintaan Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.
100
Mendapat malu.
Arang Di Dahi / Arang Di muka / Arang Di Kening Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.
101
Pengalaman.
Asam Garam Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.
102
Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Atas Angin Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.
103
Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Atas Nama Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.
104
Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Atas Pagar Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.
105
Orang yang berani.
Ayam Jalak Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.
106
Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Ayam Tambatan Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
107
Orang yang berperangai buruk
babi tunggal Contoh Ayat : Dia babi tunggal,penduduk kampung telah memulaunya
108
Suka bercakap perkara tidak senonoh
bacar mulut Contoh Ayat : Joyah tidak ada ramai kawan kerana sikapnya yang bacar mulut
109
Bahasa yang digunakan di daerah dan bukannya bahasa rasmi
bahasa daerah Contoh Ayat : Saya sukar memahami bahasa daerah negeri Perak
110
Bahasa yang digunakan di istana
bahasa istana Contoh Ayat : Murid-murid diajar bahasa istana semalam
111
Bahasa harian yang tidak betul tatabahasanya
bahasa pasar Contoh Ayat : Guru melarang murid-murid menggunakan bahasa pasar ketika menulis karangan
112
Sesuatu perkara yang boleh menyebabkan kematian
Bahaya maut Contoh Ayat : Pelumba haram tidak takut menghadapi bahaya maut
113
Saling menolong
bahu membahu Contoh Ayat : Dalam masyarakat , kita mesti hidup bahu membahu
114
Suka menolong orang
baik hati Contoh Ayat : Jamilah disukai rakan-rakan kerana dia baik hati
115
Rasa muhibah
baik sangka Contoh Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa perlu sentiasa baik sangka antara satu sama lain