068. Menikmati Kemanisan Hidup Flashcards Preview

BM > 068. Menikmati Kemanisan Hidup > Flashcards

Flashcards in 068. Menikmati Kemanisan Hidup Deck (74)
Loading flashcards...
1
Q

Menikmati Kemanisan Hidup

Cerpen Karangan: Rizol Ladius
Kategori: Cerpen Malaysia
Lolos moderasi pada: 29 November 2017
Kakak saya yang berusia 19 tahun memberi isyarat badan kepada saya dengan sikunya. Seraya itu dia berkata, “Mari kita berlumba.” Saya benci apabila dia berkata begitu. Kerana apabila kami berlumba, selalu dia yang akan menang kerana dia berlari lebih cepat dan pantas berbanding saya. Kami berlumba bagi mendapatkan baldi air yang terbaik. Baldi yang mempunyai pemegang yang lebih besar dan kurang kemik berbanding baldi lain. Rutin kami berdua setiap hari adalah mengangkat air. Sambil mengayun baldi besi di tangan, kami meluru keluar melalui pagar karat di hadapan rumah dan menuruni bukit yang sempit dan berdebu. Baldi besi yang kami bawa berlanggaran dan mengeluarkan bunyi ketika menuruni batu-batu yang tersusun seolah-olah tangga.

Tangga itu curam, bertompok-tompok dengan lalang hijau, tidak rata, serta dipenuhi batu dan serpihan simen. Pernah terjadi, kami bertembung dengan seekor anjing liar yang sedang mencari makanan. Kami melompat ke dalam lopak lumpur dan terus berlari lalu naik pada sepohon pokok bagi mengelak daripada anjing itu. Berjalan pulang ke rumah dengan baldi penuh berisi air adalah sukar. Perjalanan itu mengambil masa yang lebih lama kerana kami terpaksa berhenti berulang kali bagi berehat.

Sesekali angin dingin yang berhembus dari pergunungan menyapa wajah kami. Saya juga akan duduk di atas batu sambil melihat kakak membaling batang-batang kayu ke dalam gaung. Ada masanya selepas penat bermain di luar, kami akan berlari ke dapur lalu mengambil botol kaca besar yang menyimpan air minuman. Malang sekali, botol itu kosong. Kami kemudiannya cuba menadah di pili air, tetapi hanya beberapa titis air yang keluar. Kami merungut dan mengeluh kerana terlupa untuk mengambil air pada hari itu.

Nenek yang sedang duduk membaca Kitab mendongak dan tersenyum ke arah kami. Nenek memakai gaun labuh hitam yang ditenun daripada buluh biri-biri bersama sarung kaki tebal. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap ke arah banjaran bukit yang terbentang di belakang rumah kami. Nenek lantas memangil kami dan menunjuk ke arah pondok-pondok lumpur kecil yang terdiri di celah-celah kawasan kebun. “Kita bertuah,” kata nenek sambil tersenyum penuh makna. “Cuba lihat jiran di sebelah sana, mereka tidak ada bekalan air langsung.” Nenek merangkul tangan saya dan berkata, “Mari, kamu kena bantu nenek” Saya duduk bersebelahan nenek di dapur kami yang sempit. Nenek menghulurkan sebilah pisau dan tiga biji kentang. “Kamu kena belajar mengupas kentang.”

Nenek mengajar saya mengupas dan memotong kentang-kentang itu lalu dimasukan ke dalam sup yang dimasaknya. Selepas memasukkan semua bahan ke dalam periuk, nenek kemudiannya menambah air dari bekas simpanan kami. Tangan nenek yang lemah dan berkedut itu mengangkat periuk lalu meletakkannya di atas api yang dimarakkan dengan minyak tanah. Sejam kemudian, nenek mengacau dan merasa sup itu dengan mengunakan senduk kayu yang besar. Nenek berhenti seketika dan berkata, “Boleh tahan, sedap!” selepas itu nenek menoleh ke arah saya danmenambah, “Mari ikut nenek.” Saya menuruti nenek hingga ke pagar tua yang memagari rumah kami.

Ketika itu beberapa orang petani dari pondok lumpur yang terletak di kawasan bukit sudah pun menunggu dan berbaris. Mereka duduk di atas tanah yang berdebu sambil tangan kusam mereka menadah tin-tin terpakai bagi mendapatkan sedikit sup. Nenek dengan penuh rasa kasih sayang menyenduk penuh sup lalu mengisi bekas-bekas tin yang di bawah oleh mereka.

“Apa khabar?” soal nenek kepada mereka. Nenek tidak mampu mengingati semua nama mereka, tetapi itu tidak melunturkan semangat nenek untuk menyapa mereka dengan penuh kasih sayang. Pandangan sayu yang dilontarkan daripada tubuh-tubuh hitam, kusam, dan kering itu seolah-olah menuturkan seribu penghargaan kepada nenek. Rasa simpati bersemarak dalam hati saya, tetapi kami mengalami kehidupan yang sama. Timbul pula rasa bersyukur dengan apa yang kami miliki.

Selang beberapa tahun kemudian, hasil kerja keras, pengorbanan dan ketabahan kami sekeluarga, ibu dan ayah akhirnya berjaya melepasi syarat-syarat yang dikenakan bagi berhijrah ke Singapura. Di rumah baru, bekalan elektrik sentiasa ada. Bekalan air panas dan sejuk tidak pernah putus lagi. Semuanya bagaikan impian menjadi nyata. Kehidupan kami yang semakin diulitkan kemewahan di Singapura seolah-olah menenggelamkan cabaran lain yang kami alami ketika itu. Akibat tidak memahami Bahasa Inggeris, ibu dan ayah terpaksa mentafsir sendiri iklan kerja kosong di surat khabar.

Pernah sekali kami tersilap membeli dan memakan makanan kucing kerana menyangka ia makanan tuna. Ibu juga pernah tersalah membeli seluar yang saya pakai ke sekolah kerana menyangka ia adalah seluar sukan. Kami juga tersalah anggap “One Way” adalah nama jalan. Malah, ayah pernah berterima kasih kepada polis trafik ketika menghulurkan lesennya. Selepas itu baru ayah sedar bahawa ayah kena saman kerana memandu melibihi had laju.

Tanpa memikirkan kepayahan yang dialami, kami sekeluarga kian menyedari rahmat yang melingkari kehidupan kami di bumi Singapura. Kami bertekad mahu berkerja keras. Berbekalkan semangat yang tinggi bagi menempa kejayaan, kehidupan kami sekeluarga kian dirahmati dan dilimpahi rezeki.

Masa terus berlalu, suasana kehidupan juga turut berubah. Itulah realitinya. Ayah hilang upaya disebabkan oleh penyakit keturunan, iaitu penyakit mata. Pada usia 22 tahun, saya juga menjadi buta akibat penyakit yang sama. Kegelapan ini mengingatkan saya pada kenangan hidup suatu ketika dahulu. semuanya bertukar menjadi gelap tatkala menjelang tengah hari. Kegelapan ini seolah-olah meninggalkan saya keseorangan di dunia.

Tatkala dilambung kesedihan, saya teringat akan nasib petani-petani yang tinggal di perbukitan dahulu. Nasib mereka lebih malang berbanding saya. Simboliknya, nasib saya kini lebih baik berbanding orang yang buta sejak kecil. Mereka tidak pernah berpeluang menyaksikan keindahan matahari yang terbenam, kecantikan bunga yang berwarna-warni, dan senyuman yang terukir pada wajah anak-anak mereka.

Pada usia 22 tahun, saya menjinjit baldi kesyukuran dan memenuhkannya dengan segala bentuk galakan, keazaman, semangat, dan keghairahan. Semangat nenek tetap masih hidup bersama kami. Hari ini, dengan cara tersendiri dan melalui kerja-kerja yang dilakukan, saya berkongsi inspirasi kepada orang lain. Saya tabahkan sikap positif bagi membolehkan saya menikmati hari yang ceria setiap pagi. saya tambahkan ketabahan bagi menghilang rasa gundah dan kesedihan. Saya kini lebih menghargai dan mensyukuri setiap detik dalam kehidupan ini. Saya inginkan falsafah ini terus hidup dan semangat ini terus mekar bagi menemani saya menghadapi hari esok. Saya memilih tidak berduka dengan kehilangan mata kasar, tetapi memilih untuk menikmati setiap kemanisan hidup yang dapat dilihat oleh mata halus.

Hanyalah sebuah kisah kehidupan lampau.

Cerpen Karangan: Rizol Ladius
Facebook: Olung Rl

A

http://cerpenmu.com/cerpen-malaysia/menikmati-kemanisan-hidup.html

2
Q

Siku

A

Elbow

3
Q

Berlumba

A

To race

4
Q

Pantas

A

Fast

5
Q

Lebih pantas berbanding saya

A

Faster than me

6
Q

Pemegang

A

Handle. Holder

7
Q

Mengayun

A

To swing

8
Q

Karat

A

Rust

9
Q

Berdebu

A

Dusty

10
Q

Seolah-olah tangga

A

As if it were a ladder

11
Q

Tangga Curam

A

Steep stairs

12
Q

Serpihan simen

A

Cement debris

13
Q

Bertembung dengan anjing

A

Encounter a dog

14
Q

Lopak lumpur

A

Mud puddle

15
Q

lalang hijau

A

Green weeds

16
Q

mengelak daripada

A

to avoid

17
Q

berhenti berulang kali

A

stop repeatedly

18
Q

sesekali

A

occasionally

19
Q

angin berhembus

A

wind blows

20
Q

menyapa

A

to greet

21
Q

membaling batu

A

throw rock

22
Q

gaung

A

canyon

23
Q

penat

A

tired

24
Q

malang sekali

A

unfortunately

25
Q

pili air

A

water tap

26
Q

titis air

A

water drop

27
Q

merungut

A

grumble

28
Q

mengeluh

A

sigh

29
Q

mendongak

A

to look up

30
Q

tenun

A

to weave

31
Q

biri-biri

A

sheep

32
Q

bulu

A

feather

33
Q

banjaran bukit

A

hill ranges

34
Q

lantas memanggil kami

A

then called us

35
Q

bertuah

A

lucky

36
Q

bekalan air

A

water supply

37
Q

merangkul tangan

A

grab hand

38
Q

duduk bersebelahan ibu

A

sit next to mom

39
Q

sebilah pisau

A

one knife

40
Q

kupas

A

to peel

41
Q

tangan berkedut

A

wrinkled hand

42
Q

mengacau sup

A

stir the soup

43
Q

menuruti ibu

A

obey mom

44
Q

menadah tangan

A

wield hand (손을 휘두르다)

45
Q

mengingati nama

A

remember name

46
Q

pandangan sayu

A

glance

47
Q

dia menuturkan seribu penghargaan

A

he said thousand appreciations

48
Q

ketabahan

A

fortitude(불굴의용기)

49
Q

melepasi syarat-syarat

A

to pass the conditions

50
Q

Semuanya bagaikan impian menjadi nyata

A

Everything was like a dream come true

51
Q

tenggelam

A

drown

52
Q

iklan

A

advertisement

53
Q

Saya menyangka di sudah datang

A

I thought he already came

54
Q

seluar

A

pants

55
Q

kepayahan

A

difficulty

56
Q

rahmat

A

mercy

57
Q

saya bertekad

A

I am determined

58
Q

berbekalkan semangat tinggi

A

armed with high spirit

59
Q

rezeki

A

income, sustenance, food

60
Q

masa terus berlalu

A

time goes by

61
Q

kenangan

A

memories

62
Q

seolah-olah

A

as if

63
Q

simbol yang terukir pada koin

A

symbol engraved on the coin

64
Q

galakan

A

encouragement

65
Q

keazaman

A

determination

66
Q

membolehkan dia menikmati kehidupan

A

enable him to enjoy the life

67
Q

ceria

A

cheerful

68
Q

ketabahan

A

determination

69
Q

rasa gundah

A

depression

70
Q

mensyukuri setiap detik

A

grateful for every moment

71
Q

falsafah

A

philosophy

72
Q

berduka

A

to grieve

73
Q

kesehatan halus

A

fine health

74
Q

isyarat badan

A

gesture

Decks in BM Class (72):