1.2.2 Pengaruh Persekitaran Umum Terhadap Perniagaan c) Flashcards
(c) membincangkan pengaruh persekitaran umum dan persekitaran tugas terhadap perniagaan (7 cards)
Persekitaran Ekonomi
▪ Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan
operasi, prestasi dan dasar perniagaan.
▪ Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti
perniagaan dan menjamin peluang perniagaan.
▪ Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin
peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.
Persekitaran Sosiobudaya
▪ Perubahan citarasa masyarakat memaksa
perniagaan menyesuaikan barangan dan
perkhidmatan mengikut kehendak mereka.
▪ Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi
memenuhi kehendak majoriti masyarakat.
▪ Persekitaran ini boleh berubah mengikut
pengaruh budaya dari luar negara.
Persekitaran Politik dan Perundangan
▪ Kestabilan keadaan politik dalam sesebuah negara
boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah
perniagaan yang mana pergolakan politik akan
memberi kesan secara tidak langsung kepada
kelancaran operasi sesebuah organisasi
perniagaan.
▪ Sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah
negara seperti sistem kapitalis dan sistem komunis
juga akan mempengaruhi perjalanan operasi
sesebuah perniagaan.
▪ Sistem perundangan boleh mempengaruhi dasar
dan aktiviti perniagaan melalui kewujudan
undang-undang hak cipta yang memberi
perlindungan kepada produk dan perkhidmatan
yang dihasilkan daripada ditiru oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Persekitaran Persaingan dan Jaringan
▪ Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur
pasaran persaingan seperti persaingan tulin
[sempurna], monopoli, monopolistik dan oligopoli
yang mempengaruhi strategi perniagaan dan
pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan
harga, kaedah pengedaran dan juga promosi oleh
sesebuah perniagaan.
▪ Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan
strategik atau hubungan perjanjian formal yang
dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal,
pengilang atau pengedar untuk menghasilkan
produk dan memasarkannya di pasaran.
Persekitaran Teknologi
▪ Perkembangan teknologi memberi kesan dalam
perniagaan yang menggunakan mesin bermutu
lebih produktif daripada syarikat yang
menggunakan mesin biasa.
▪ Penciptaan peralatan baru seperti robot
mempercepatkan proses pengeluaran dan
meningkatkan produktiviti.
▪ Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi
berjalan dengan lancar.
▪ Penggunaan internet meningkatkan daya saing
perniagaan kerana penyampaian maklumat
menjadi lebih cepat.
Persekitaran Prasarana (Fizikal)
▪ Kemudahan jalanraya dan pengangkutan serta
bekalan tenaga boleh menggalakkan penubuhan
sesebuah organisasi perniagaan.
Persekitaran Antarabangsa
▪ Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah
negara memboleh peniaga menjalankan
perniagaan di tahap yang lebih jauh.
▪ Melalui perniagaan antarabangsa membolehkan
peniaga sentiasa mementingkan kualiti dan
menjaga imej syarikat serta negara.
▪ Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga
terdedah kepada selok belok perniagaan dari luar
dan aspek-aspek yang positif boleh digunakan
oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya sistem
pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan
berpotensi pada masa depan.