All Maksud PM Flashcards
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
Hemah tinggi
Beradab dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan orang lain.
Rasional
Boleh membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara lemah lembut untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej, dan menjaga maruah keluarga
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya menjaga dan memulihkan alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya
Cinta akan negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Taat setia kepada raja dan negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara
Sanggup berkorban untuk negara
Kerajaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara
Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara