BAB 1: KEDAULATAN NEGARA Flashcards

(56 cards)

1
Q

Apakah maksud kedaulatan?

A
  • Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan dalam sesebuah negara.
  • Kedaulatan juga merupakan sebuah kerajaan yang bebas dan mempunyai hak untuk melaksanakan pentadbiran negara.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Apakah pandangan Aristotle terhadap kedaulatan?

Ahli falsafah yunani

A
  • Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.
  • Kerajaan terikat oleh undang-undang.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Apakah pandangan Jean Bodin tentang kedaulatan?

Ahli falsafah politil perancis

A
  • Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara.
  • Kekal dan kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, memahami dan melaksanakannya
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Apakah pandangan Ibnu Khaldun tentang kedaulatan?

Ilmuwan islam

A
  • Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara.
  • Berasaskan semangat kekitaan bangsanya.
  • Kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita cita yang sama.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Apakah pandangan Tunku Abdul Rahman tentang kedaulatan?

Perdana menteri malaysia pertama

A
  • Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan.
  • Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Apakah pandangan Tun Dr. Mohamed Salleh Abas tentang kedaulatan?

Mantan ketua hakim negara

A
  • Kedaulatan asas negara yang merdeka, mempunyai kebebasan pada peringkat antarabangsa.
  • Hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Yunani?

A
  • Supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.
  • Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris?

A

Sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

A

Berasal daripada perkataan daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Melayu?

A

Merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Apakah jenis- jenis kedaulatan?

A
  • Kedaulatan tradisional
  • Kedaulatan moden
  • Kedaulatan undang-undang
  • Kedaulatan antarabangsa
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Apakah maksud kedaulatan tradisional?

A

Kedaulatan tradisional merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Sejak bilakah kedaulatan tradisional wujud?

A

Sejak tamadun awal manusia.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

Apakah kedaulatan tradisional negara kita?

A

Kedaulatan raja-raja Melayu. Kedaulatan terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja.

  • Raja merupakan pemerintah yang mempunyai kuasa tertinggi
  • Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Apakah maksud kedaulatan moden?

A
  • Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.
  • Juga dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Apakah kedaulatan selepas Perang Dunia Pertama?

A

Kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
17
Q

Bagaimanakah kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa lahir ?

A

Hasil gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
18
Q

Apakah maksud kedaulatan undang-undang?

A

Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
19
Q

Apakah kepentingan kedaulatan undang-undang?

A
  • Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Menjadikan negara aman, stabil dan makmur.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
20
Q

Mengapakah badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan?

A

Untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
21
Q

Apakah ciri kedaulatan undang-undang?

A

Menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
22
Q

Apakah maksud kedaulatan antarabangsa?

A

Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap sebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
23
Q

Apakah deklarasi kedaulatan antarabangsa?

A

Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970.

24
Q

Apakah kebaikan keanggotaan negara kita dalam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ?

A

Membuktikan bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

25
Tanah Melayu merupakan anggota keberapa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ?
Anggota ke-82
26
Apakah ciri-ciri negara yang berdaulat ?
* Mempunyai pemerintahan * Mempunyai sempadan * Mempunyai perundangan * Mempunyai rakyat
27
Mengapakah pemerintahan negara berdaulat diwujudkan?
Untuk menjaga: * kestabilan politik * keamanan * pertahanan * ekonomi
28
Apakah sistem pemerintahan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?
Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
29
Siapakah Ketua Utama Negara?
Yang di-Pertuan Agong
30
Siapakah Ketua Kerajaan?
Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri
31
Apakah maksud sempadan?
Garis pemisah antara negeri atau negara
32
Malaysia berkongsi sempadan dengan negara apa?
Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran seperti: * Singapura * Thailand * Brunei * Filipina * Indonesia
33
Siapakah yang mengakui sempadan Malaysia?
Masyarakat antarabagsa, khasnya Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
34
Mengapakah sempadan ditetapkan?
Untuk memudahkan urusan: * pemerintahan * pentadbiran * pertahanan * pembangunan
35
Apakah maksud demokrasi berparlimen?
Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya.
36
Apakah kepentingan sistem perundangan?
* memelihara kesajahteraan * menjamin keadilan * melindungi rakyat
37
Apakah asas kepada sistem perundangan negara kita?
Perlembagaan Persekutuan
38
Apakah tugas parlimen?
Bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita.
39
Bagaimanakah rakyat negara kita disatukan?
Melalui satu : * Bahasa * Kebudayaan * Rukun Negara * Identiti nasional yang sama
40
Apakah kepentingan mewujudkan negara berdaulat?
* Keberkesanan pentadbiran * Keakmuran ekonomi * Kesejahteraan sosial * Kecemerlangan hubungan luar negara
41
Bagaimanakah dasar pentadbiran kerajaan dijalankan dengan lancar?
* Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentabiran tanpa campur tangan pihak luar. * Dasar pentadbiran kerajaan dilaksankan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan Kementerian yang berkaitan.
42
Apakah yang menyebabkan keberkesanan pentadbiran?
* Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa. * Sistem pentadbiran juga diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.
43
Pembangunan ekonomi meliputi bidang apa?
* pertanian * perindustrian * perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara ## Footnote *Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup berbilang kaum.
44
Huraikan kepentingan kedaulatan untuk kesejahteraan sosial.
* Negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan. * Beberapa perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
45
Bagaimanakah hubungan diplomatik dijalinkan dengan negara lain?
Melalui penggubalan dasar luar negara
46
Apakah kepentingan kedaulatan untuk kecemerlangan hubungan luar?
* Dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain. * Negara dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang. * Meningkatkan imej negara. * Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan negara kita setaraf dengan negara lain di dunia.
47
Apakah langkah-langkah mempertahankan kedaulatan?
* Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi * Mengekalkan perpaduan kaum * Memupuk patriotisme * Mengukuhkan perpaduan kaum
48
Apakah peranan pemerintah dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?
* Mewujudkan pentadbiran yang cekap * Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran * Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil kepada semua kaum melalui pembangunan ekonomi * Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan secara berkesan
49
Apakah peranan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi?
* memberikan kesetiaan kepada raja dan negara * menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik * memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua * mematuhi undang-undang negara
50
Apakah peranan pemerintah dalam mengekalkan perpaduan kaum?
* menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional * memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi berkaitan * merangka program serta kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional * memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan kaum
51
Apakah peranan rakyat dalam mengekalkan perpaduan kaum?
* menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan kaum * memahami dan menghormati agama serta budaya kaum lain * mengamalakan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesama rakyat Malaysia * melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang dapat memupuk kerjasama antara kaum
52
Apakah peranan pemerintah dalam memupuk patriotisme?
* menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan kecintaan terhadap negara * mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah negara * menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media * memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama mereka pada bangunan dan jalan
53
Apakah peranan rakyat dalam memupuk patriotisme?
* Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku. * Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara. * Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam bidang pendidikan, sukan dan ekonomi. * Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.
54
Apakah peranan pemerintah dalam mengukuhkan pertahanan negara?
* Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara. * Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa. * Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara. * Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa.
55
Apakah peranan rakyat dalam mengukuhkan pertahanan negara?
* Peka terhadap isu keselamatan negara. Contohnya, memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara. * Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. * Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara. * Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.
56
Apakah kepentingan Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970?
Mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.