BAB 2 F4 Flashcards
(90 cards)
Apakah maksud nasionalisme?
- Perasaan cinta akan bangsa dan negara
- Semangat keebangsaan yang menjelaskan sikap dan poendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.
- Gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing
“Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan orang hanya kepada negara atau bangsanya.”
Siapakah tokoh yang mempunyai pandangan itu? (KATA KUNCI: kesetiaan kepada negara atau bangsa)
Hans Kohn
“Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi. Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat yang melanda Tanah Melayu.”
Siapakah tokoh yang mempunyai pandangan ini? (kata kunci: sekularisme dan imperialisme)
Professor William R. Roff
“Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.”
Siapakah tokoh yang memberikan pendapat ini? (kata kunci: berdiri di atas tapak kaki kita)
Dato’ Onn Jaafar
“Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts. Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tataertib dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlah bangsa kita yang telah ditenggelamkan itu.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (kata kunci: National Fronts)
Dr. Burhanuddin al-Helmi
“Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan memindahkan kedaulatan kepada rakyat. Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara bangsa itu.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (katakunci: mengiktiraf hak setiap bangsa)
Dr. R Suntharalingan
“Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British, tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesetiaan kerpada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu ketika itu dan orang melayu berpegang pada faham kebangsaan yang bersifat ke ‘Tanah Melayuan’.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan itu? (katakunci: Tanah Melayuan)
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
“Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.”
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan tersebut? (kata kunci: kedudukan unggul)
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Mengapakah nasionalisme di Barat berkembang?
- Sebagai penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat
Berikan contoh nasionalisme antiraja
- Revolusi Amerika
- Revolusi Keagungan
- Revolusi Perancis
Bilakah Revolusi Keagungan terjadi?
1688
Mengapak terjadinya Revolusi Keagungan?
- Keinginan rakyat menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
Bagaimanakah revolusi ini tercetus?
- Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.
- Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak
Siapakah menyokong ahli parlimen dalam menentang Raja James II?
- Mary II
- Raja Willian of Orange
Apakah yang terjadi kepada Raja James II selepas Revolusi Keagungan?
- Raja James II melarikan diri ke Paris setelah menyedari sokongannya berkurang.
Mengapakah revolusi itu dinamakan Revolusi Keagungan (Glorious Revolution)?
Peralihan kuasa yang berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah.
Apakah yang berlaku semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange?
- Konsep kadaulatan parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan
- Bill of Rights digubal untukl memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai
Bilakah berlakunya Revolusi Amerika?
1776
Mengapakah berlakunya Revolusi Amerika?
- Orang Amerika menentang penjajahan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British
Apakah yang ditentang rakyat Amerika?
- Mereka menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di tanah jajahan
Berikan contoh akta cukai yang ditentang rakyat Amerika
- Akta Pelayaran
- Akta Gula
- Akta Setem
- Akta Teh
Apakah slogan yang dilaungkan oleh rakyat Amerika semasa Revolusi Amerika? Dan mengapa?
“Tiada cukai tanpa perwakilan”
- kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British
Siapakah yang menubuhkan kongres dan mengisytiharkan perang terhadap British semasa Revolusi Amerika?
George Washington
Siapakah yang menulis Peristiharan Kemerdekaan Amerika?
Thomas Jefferson pada Julai 1776