Chap 6 Flashcards
(52 cards)
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh
warisan Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Johor Riau juga mewarisi dan meneruskan tradisi :
- mewarisi sistem pemerintahan, pentadbiran , wilayah jajahan takluk dan nuangan Kesultanan Melayu melaka
- meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di alam melayu
Huraikan tentang pengasasan kerajaan
- kesultanan johor riau diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud & Tun Fatimah
- gelaran baginda ialah SUltan Alauddin RIayat
- bendahara seri nara diraja dititahkan menghimpunkan rakyat utk membuka negeri di pesisir sungai johor
Huraikan tentang pusat pemerintahan Kota Kara, pekan tua
- Sultan Alauddin Riayat membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada 1528
- Kedudukan kota kara memudahkan kapal utk keluar masuk kerana ia berhampiran sungai yg lebar dan dalam
- Kawasan berbukit bukau di sekitarnya menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar
Huraikan tentang pusat pemerintahan kota sayong, Sayong Pinang
- kota kara diserang dan dismusnahkan oleh portugis pada 1535
- sultan alauddin riayat berundur dan membuka pusat pemerintahan di Kota sayong
- Lebih selamat keranan kapal perang musuh sukar melintasi sungai yg sempit
Huraikan tentang pusat pemerintahan Kota Batu, Johor Lama
- sultan aluddin riayat memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu
- juga dikenal sebagai Tanjung Batu
- kedudukannya yg strategik di sungai johor yg lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang
Nyatakan pusat-pusat pemerintahan yg terdapat di kesultanan johor riau
- Kota Kara, Pekan Tua
- Kota Sayong, Sayong Pinang
- Kota Batu, Johor Lama
Kesultanan johor riau telah berkembang dan diperintah oleh sultan daripada 2 keturunan , iaitu:
- Waris berketurunan Kesultanan Melayu Melaka (1528-1699)
- Sultan berketurunan bendahara johor ( 1699-1824)
Sultan alauddin riayat telah:
- meletakkan asas yg kukuh utk pemerintah seterusnya
- mengembalikan kewibaan dan kedaulatan kerajaan kesultanan melayu
Apa kita boleh belajar daripada Sultan alauddin riayat
- semangat gigih
- Usaha tanpa jemu
- semangat cinta akan negara
Apa apa cabaran yg terdapat ke arah kegemilangan
- persaingan johor-acheh-portugis
- perang Johor-Jambi
- Konflik pembesar
- Ancaman Raja Kechil
Huraikan tentang persaingan Johor-Acheh-Protugis
- Tujuan peperangan ini ialah untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka
- perang ini dikenali sebagai perang tiga segi atau perang seratus tahun
- berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada belanda utk mengalahkan portugis dan menguasai melaka pada 1641
- acheh mengalami kemerosotan selepas kemangkatan sultan iskandar thani
Kenapa Acheh menyerang Johor/Portugis?
- acheh menyerang johor kearana perdagangan acheh tergugat
-acheh menyerang portugis di melaka kerana portugis hendak menguasai perdagangan acheh
Kenapa Johor menyerang Portugis
- Johor menyerang portugis keranan hendak merampas semula melaka daripada portugis
Kenapa Portugis menyerang Johor
- portugis menyerang johor keranan adanya pakatan johor dan acheh
Huraikan tentang perang johor-jambi
- johor menuntut wilayah tungkal daripada kerajaan Jambi
- Krisis dan peperangan berlaku dari 1659-1679
-johor menyerang jambi pada Jun 1679 - Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa kesultanan johor riau yg berpusat di riau
Huraikan tentang konflik pembesar
- berlaku antara bendahara tun habib abdul dgn Laksamana Tun Abdul Jamil utk menguasai pemerintahan Kerajaan johor riau
- berakhir dgn pengunduran laksamana tun abdul jamil ke terengganu
- keturunan bendara kembali berpengaruh dlm pemerintahan kerajaan johor riau
- Tun habib meninggal dunia dan dikenali dgn gelaran bendahara padang saujana
Huraikan tentang ancaman raja kechil
- dia menyerang johor kerana menuntut takhta kerajaan johor
- Raja Kechil mendakwa dirinya sebagai putera sultan mahmud, mengisytiharkan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat
- Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima bersaudara utk mengusir raja kechil
- raja kechil dikalahkan pada 4 oktober 1722
-raja sulaiman ditabalkan sbgai sultan johor - daeng Merewah dilantik sebagai Yamtuan Muda Burgis yg pertama di johor
Huraikan tentang Opu Bugis
- gelaran utk kerabat diraja bugis luwu di sulawesi selatan
-antara opu bugis lima bersaudara ialah - daeng Parani, Menambun, Merewah, Chelak dan Kemasi.
(SKIP) Apa telah membawa kesultanan johor riau ke arah kegemilangan
- kewibawaan pemerintah dan kedaulatan johor
- kecekalan dan kebijaksanan para pemerintah menghadapi cabaran getir
(SKIP) Apa kita perlu belajar daripada pemerintah kesultanan johor riau
- semangat juang tinggi
- mampu menghadapi segala cabaran
- kewibaan dan kebijaksanaan
-mempunyai keyakinan diri dlm mempertahankan negara
Kesultanan johor riau juga dikenali sbgai
Kesultanan Johor Riau Lingga
(kerana Lingga pernah menjadi pusat pemerintahan semasa pemerintahan sultan abdullah, abdul jalil dan mahmud shah)
Apakah strategi kesultanan johor riau utk menghadapi cabaran
- pemindahan pusat pemerintahan
- membina kota pertahanan
-menjalinkan hubungan dgn belanda
Huraikan tentang strategi pemindahan pusat pemerintahan
- pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh :
*keperluan strategi kententeraan & pertahanan
*muslihat mempertahankan diri daripada ancaman portugis & acheh