Definisi Fiqh Flashcards
(36 cards)
Maksud Talak
Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kias
Maksud Fasakh
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
Maksud Khuluk
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami
Maksud Lian
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada 4 orang saksi atau menafikan nasab
Maksud Haji
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Maksud Sembelihan
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik
Maksud Wasiat
Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak
Maksud faraid
Pembahagian harta seseorang Islam yang meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak
Maksud Umrah
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bulan bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan (Al-An’am) pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah
Maksud Aqiqah
Binatang ternakan (Al-An’am) yang disembelih sempena kelahiran bayi
Maksud muamalat Islam
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya
Maksud Riba
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang
Maksud Gharar
Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak
Maksud Judi
Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga
Maksud Dharar
Setiap perkara yang membawa kepada kerosakan
11 Jenis akad dalam muamalat Islam
1) Pertukaran
- jual beli
- sewaan
2) Kebajikan
- Hibah
- Wakaf
- Qardh
- Wadiah
3) Perkongsian
- Musyarakah
- Mudharabah
4) Agen
- Wakalah
5) Jaminan
- Kafalah
- Rahnu
Maksud Solat Sunat Dhuha
Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari
Maksud Solat Sunat Gerhana
Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu
Maksud Solat Sunat Istikharah
Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah dalam menentukan pilihan bagi sesuatu perkara
Maksud Solat Sunat Tasbih
Solat sunat khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat
Maksud Perkahwinan
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perenpuan mengikut hukum syarak
Maksud Iddah
Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami
Maksud Rujuk
Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikan dalam tempoh iddah