Istilah Flashcards
(37 cards)
Apakah takrifan bg haji ?
Mengunjungi “Baitullah al-haram” pada bulan-bulan haji untuk menunaikan ibadat yang tertentu menurut syarat-syaratnya
apakah maksud umrah?
Mengunjungi ‘baitullah al-haram” pada bila-bila masa untuk menunaikan ibadat yang tertentu menurut syarat-syaratnya.
Apakah maksud wukuf ?
berada di arafah walaupun seketika bermula dari masuk waktu zohor 9 zulhijjah hingga sebelum subuh pada 10 zulhijjah.
apakah maksud tawaf ?
mengelilingi kaabah 7 pusingan bermula di penjuru hajarul aswad dan berakhir di sudut yang sama.
Apakah maksud sai ?
berjalan ulang-alik sebanyak 7 kali bermula di buki safa dan berakhir di bukit marwah dengan syarat-syarat tertentu.
Apakah maksud tahallul ?
Membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa ihram .
Apakah maksud mikat zamani ?
Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram.
apakah maksud mikat makani ?
ketentuan tempat atau sempadan tempat untuk berniat ihram .
Apakah maksud haji ifrad ?
Mengerjakan haju dahulu, kemudian mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
Apakah maksud Haji tamattuk ?
Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji, kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.
Apakah maksud haji qiran ?
Berniat mengerjakan haji dan umrah secara serentak
Apakah maksud sembelihan ?
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik.
Apakah maksud korban ?
Menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10 zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada allah SWT.
apakah maksud akikah ?
Binatang ternakan (Al-an’am) yang disembelih sempena kelahiran bayi.
Apakah maksud muamalat islam ?
Hukuman syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya.
Apakah maksud riba ?
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang.
Apakah maksud gharar ?
Kesamaan dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan syarak .
Apakah maksud Dharar ?
Setiap perkara yang membawa kerosakan .
apakah maksud judi ?
perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga .
Apakah maksud jual beli ?
Sesuatu akad pertukaran barang dengan barang dengan persetujuan penjual dan pembeli.
Apakah maksud sewaan ?
Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat yang boleh diberikan secara sewa dengan bayaran tertentu.
Apakah maksud hibah ?
Memberikan sesuatu secara percuma dan rela hati kepada orang lain ketika pemberi masih hidup.
Apakah maksud qard ?
Memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang imbuhan (faedah) dan perlu membayar kembali dengan jumlah yang sama .
Apakah maksud wakaf ?
mewakafkan harta yang dapat diambil manfaatnya serta kekal fizikalnya (ainnya), untuk penggunaan yang baik serta bertujuan mendapat keredaan allah .