kaedah 19 Flashcards
(7 cards)
Apakah kaedah yang dikhaskan terhadap vesel semasa kenampakan terhad?
Kaedah ini dikhaskan terhadap vesel yang tidak dapat dilihat antara satu sama lain ketika berlayar atau berdekatan dengan kawasan kenampakan terhad (gelap kabus).
Apakah kelajuan yang perlu dipatuhi oleh setiap vesel semasa berlayar dalam keadaan kenampakan terhad?
Setiap vesel hendaklah berlayar dalam kelajuan yang selamat dan berpatutan.
Apakah yang perlu dipastikan oleh vesel pacuan kuasa semasa berlayar?
Vesel pacuan kuasa hendaklah memastikan yang jentera nya baik dan boleh digunakan untuk mengambil tindakan dengan segera.
Apa yang perlu dilakukan oleh setiap vesel dalam keadaan kenampakan terhad?
Setiap vesel hendaklah memberi perhatian sepenuhnya pada masa itu dalam keadaan kenampakan terhad.
Apakah langkah yang perlu diambil oleh vesel yang menggunakan radar semasa melihat vesel lain?
Hendaklah mengelak daripada bahaya perlanggaran apabila vesel yang dilihat telah hampir dengannya.
Apakah yang perlu dielakkan jika tindakan melibatkan pengubahan haluan bagi vesel yang menggunakan radar?
Pengubahan haluan kekiri kecuali bagi vesel yang sedang memotong dan mengubah haluan ke arah vesel yang berada di rusuk tepatnya atau di sebelah belakang rusuk tepatnya.
Apa yang perlu dilakukan oleh vesel yang mendengar isyarat gelap kabus dari vesel lain?
Hendaklah mengurangkan had laju atau jika perlu hendaklah berhenti sehingga terlepas dari bahaya perlanggaran.