latar belakang Flashcards
(20 cards)
Apakah latar belakang pemerintahan Kesultanan Perlis?
Terpisah dari Kedah pada tahun 1842, Maharaja Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai Raja Perlis
Siapakah yang memegang jawatan Raja Muda dan Perdana Menteri dalam Kesultanan Perlis?
Raja Muda ialah Tuan Syed Abdullah, dan Perdana Menteri ialah Dato Arau.
Apakah tujuan utama hubungan luar yang dijalin oleh Kesultanan Perlis?
Untuk mengelakkan gangguan daripada kuasa luar, terutama Siam.
Apakah undang-undang yang diguna pakai dalam Kesultanan Perlis?
Berdasarkan Undang-Undang Kesultanan Kedah yang menitikberatkan kebajikan masyarakat.
Apakah latar belakang awal pemerintahan Kerajaan Kedah?
Bermula pada abad ketujuh sebagai kerajaan terawal dan menerima Islam pada abad ke-12.
Bagaimanakah struktur pentadbiran Kerajaan Kedah?
Dipimpin oleh seorang Sultan yang dibantu oleh pembesar dan disokong oleh undang-undang
Apakah hubungan luar yang penting bagi Kedah?
Menjalin hubungan diplomatik dengan Siam untuk tujuan pertahanan.
Apakah contoh undang-undang awal di Kedah?
Kanun Undang-Undang Kedah pertama pada 1650, serta lima bab undang-undang lain.
Apakah latar belakang pembentukan Kesultanan Kelantan?
Wujud sebelum abad ke-17, dan Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan.
Bagaimanakah sistem pentadbiran di Kelantan?
Sultan dibantu oleh pembesar dalam Sistem Jemaah Menteri, dan negeri dibahagikan kepada jajahan
Apakah peranan hubungan luar bagi Kesultanan Kelantan?
Menjalin hubungan dengan Siam dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu, Kedah, dan Patani.
Apakah jenis undang-undang yang dikuatkuasakan di Kelantan?
Undang-undang syarak di bawah pemerintahan Sultan Muhammad
Apakah latar belakang Kesultanan Terengganu?
Sultan Zainal Abidin I memulakan pemerintahan, dan Terengganu ialah negeri terakhir menerima Penasihat British
Bagaimanakah struktur pentadbiran Kesultanan Terengganu?
sistem penghulu, dan terdapat Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan.
Apakah hubungan luar utama Kesultanan Terengganu?
Menjalin hubungan dengan Siam dan negeri-negeri seperti Kelantan, Patani, dan Johor.
Apakah prinsip undang-undang di Terengganu?
Berasaskan keadilan Islam, dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan.
Apakah latar belakang Kesultanan Johor?
Berakhirnya keturunan Sultan Melaka pada 1699, pemerintahan disambung oleh keturunan Bendahara
Siapakah yang memodenkan Kesultanan Johor?
Maharaja Abu Bakar, dengan memperkenalkan struktur kerajaan yang lebih moden.
Bagaimanakah sistem pentadbiran di Johor pada zaman moden?
Mengandungi Majlis Jemaah Diraja serta jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan.
Apakah latar belakang pemerintahan Sultan Muhammad di Kelantan?
Baginda mengukuhkan pentadbiran dengan undang-undang syarak dan memperluas hubungan diplomatik.