penentangan mat salleh di sabah Flashcards
(17 cards)
penentangan mat salleh mengambil tempat dimana?
di sabah, iaitu inanam dan tambunan
mat salleh juga dikenali sebagai?
mohammad Salleh
dimanakah mat salleh dilahirkan?
di inanam sabah
mat salleh berketurunan apa?
berketurunan bajau dan suluk
apakah sebab penentangan mat salleh?
i)menentang tindakan sbub mengambil hak memungut cukai yang menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa
ii) mat salleh cuba berunding dengan sbub namun gagal. sebaliknya gabenor beaufort menganggap beliau mengancam kepentingan sbub
bilakah mat salleh menyerang pusat pentadbiran british?
pada bulan julai tahun 1897
dimanakah pusat pentadbiran british?
di pulau gaya
semasa mat salleh menyerang pusat pentadbiran british pada bulan julai 1897, dimanakah beliau membina kubu?
di ranau
setelah serangan pada bulan julai 1897 mat salleh menyerang lagi, tetapi dimana dan bilakah
pada bulan november 1897, mat salleh menyerang ambong
dimanakah cowie mengadakan rundingan dengan mat salleh?
di menggatal
bilakah cowie mengadakan rundingan tersebut?
pada tahun 1898
apakah hasil rundingan cowie dan mat salleh?
mat salleh dibenarkan mentadbir daerah tambunan
apakah sbub menepati janji dengan mat salleh?jelaskan apa yang berlaku dan latar waktu
tidak. sbub mengambil alih pentadbiran tambunan pada tahun 1899.
bagaimanakah cara sbub mengambil alih pentadbiran sbub dan dimanakah?
pasukan sbub menyerang kubu mat salleh di teboh, tambunan secara besar besaran dan mencetuskAN PETEMPURAN
dimanakah kubu mat salleh di tambunan?
di teboh, tambunan
apakah terjadi semasa petempuran itu dan bilakah?
mat salleh tewas semasa petempuran itu pada tahun 1900
jelaskan kronologi peristiwa penentangan mat salleh.
mat salleh menentang kerana tidak bersetuju dengan tindakan sbub mengambil alih hak mengutip cukai hingga menyebabkan pembesar kehilangan kuasa, beliau cuba berunding namun gagal dan dianggap mengancam kepentingan sbub oleh gabenor beaufort. dan pada bulan julai 1897, mat salleh menyerang pusat pentadbiran british di pulau gaya dan berkubu di ranau. pada bulan november 1897, mat salleh menyerang ambong. kemudian pada tahun 1898, cowie mengadakan perundingan dengan mat saleh di menggatal, hasil rundingan tersebut mat salleh dibenarkan mentadbir daerah tambunan. namun, sbub tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran tambunan pada tahun 1899. kemudian pasukan sbub melancarkan serangan besar besaran kepada kubu mat salleh di teboh, tambunan. malangnya pada tahun 1900 mat salleh tewas semasa pertempuran tersebut.