peribahasa Flashcards
(15 cards)
Datang seperti ribut, pulang seperti semut
Masalah besar datang dengan cepat, tetapi penyelesaiannya lambat
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sentiasa berhati-hati sebelum berlaku sesuatu kerosakan
Badan cergas otak cerdas
Badan yang sihat dan bertenaga melahirkan pemikiran yang baik
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Jika mendidik biar ketika anak masih kecol
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Perangai/tingkah laku ibu bapa menjadi ikutan anak
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya dan begitukah sebaliknya
Muafakat membawa berkat
Perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan
Serampang dua mata
Melakukan dua kerja dalam satu masa
Malang tidak berbau
Kecelakaan yang tidak dapat diketahui
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu, lama-kelamaan berhasil juga
Jauh berjalan luas pemandangan
Jika banyak merantau, banyaklah perkara yang dapat kita lihat
Ilmu pelita hati
Ilmu pengetahuan dapat menjamin seseorang itu berjaya dalam kehidupan
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Semasa membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah bersabar dan tabah sehingga mendapat kejayaan
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu pekerjaan sehingga selesai
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Jika seseorang itu bersungguh-sungguh dalam mengusahakan sesuatu, pasti akan mampu melaksanakannya