Peribahasa Bm Flashcards
(46 cards)
lintah darat
Peniaga yg mengambil keuntungan trlalu tinggi
Bagai aur dgn tebing
Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu
Anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
Memerah otak
Berfikir dgn bersungguh sungguh
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu bnyk pda suatu masa
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula
Biar mati anak, jangan mati adat
Orang yg kuat berpegang pda adat
Sediakan payung sebelum hujan
Berjaga2 sblm bmm don’t t bencana
Berbesar hati
Gembira
Anak buah
Anak saudara/ anak jagaan bwh kta
Tuan rumah
Tmpt berlangsungnya sesuatu acara