Sebab Meletusnya Perang Dunia Pertama Flashcards
(22 cards)
Sistem Pakatan di Eropah wujud selepas….
Prusia (Jerman) mengalahkan Perancis pada tahun 1870
Selepas wujudnya sistem pakatan, eropah terbahagi kepada dua blok iaitu….
Perikatan Kuasa Tengah - Jerman, Itali, Austria-Hungary
Pakatan Bertiga - Rusia, Perancis, Britain
Britain menyertai Pakatan Bertiga selepas……
Jerman menyerang Belgium pada Ogos 1914
Negara berkecuali yang dijamin oleh negara-negara eropah
Belgium
sebab sistem pakatan atau perimbangan kuasa tidak lagi sesuai pada abad 20 (3)
- Negara-negara eropah bersaing mendapatkan pengaruh Rantau Balkan setelah keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyah
- Kebimbangan Britain terhadap pembesaran tentera laut Jerman
- Harapan Perancis untuk menggunakan bantuan Rusia (dengan cara peperangan) untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine
Sistem pakatan berjaya menghalang meletusnya peperangan dari tahun…..
1870-1900
Mengapa Britain bimbang apabila Jerman memperbesarkan angkatan lautnya
Kerana tanah jajahan di seberang laut merupakan tonggak kemakmuran negara
Bandingkan pengeluaran besi Jerman dengan Britain dan Perancis pada 1865 dengan 1900
Pada 1865, Britain mengeluarkan besi lebih banyak dari Jerman
Pada 1900, apabila digabungkan pengeluaran besi di Britain dan Perancis, Jerman masih mengeluarkan lebih banyak besi
Persaingan pada 1911 yang hampir menggugat kestabilan di Eropah
Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada 1911
Kesan kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah
Menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat Nasionalisme Tinggi yang melampau, negeri-negeri kecil tersebut berjaya menghalau Turki keluar dari Eropah pada 1908-1913
Mengapa Perancis menentang gerakan penyatuan Jerman
kerana penyatuan tersebut akan menyebabkan Jerman mengatasi Perancis dari segi tenaga manusia, bahan mentan dan kekuatan ketenteraan
Mengapa Perancis perlu menyerahkan wilayah Alsace-Lorraine kepada Jerman?
Perancis menyerang Jerman pada 1870 untuk menghalang penyatuan jerman
Pada 1908, Austria-Hungary berjaya menakluk..
Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah Serbia. Untuk menghalanf serangan Austria-Hungary, Serbia berjaya mendapatkan bantuan Rusia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporous dan Sebahagian Wilayah Turki
Syarikat yang untung akibat perlumbaan senjata
Syarikat Krupp di Jerman
Coventry Ordinance Work di Britain
Bilakah kapal perang tercanggih Britain dibuat dan apakah namanya?
1906, HMS Dreadnought
Mengapa HMS Dreadnought dibina
Untuk menyaingi angkatan tentera Jerman yang dikatakan menyaingi kekuatan tentera Britain
Kesan pebelanjaan ketentaraan
Pembinaan kapal perang dan persaingain dalam bidang ketenteraan memakan pebelanjaan yang sangat besar. Britain, Jerman, Rusia, Austria-Hungary meningkatkan perbelanjaan ketentaraan sebanyak 50 peratus
Bukti di Jerman dimana tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik (2)
Golongan tentera bertanggungjawab terus kepada Kaiser/raja
Nilai-nilai ketenteraan diterima rakyat Jerman sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Oleh itu, rakyatnya menyokong apabila Jerman mengisytiharkan perang pada 1914
Mengapakah perang tidak dapat dielakkan selepas 1900
Rusia meningkatkan bilangan tentera mencecah 1.30 juta orang
Jerman dan Perancis masing masing mempunyai sekitar 900 ribu tentera
Pendidikan di Jerman pada era WWI
memberi penekanan pada bahasa Jerman kerana pemimpinnya menganggap hanya dengan bahasa, semangat cintakan negara dapat wujud
Persatuan-persatuan belia di Jerman diasuh untuk mengagungkan peperangan dan ciri-ciri kepewiraan dengan diberitahu bahawa lebih baik mati di medan perang dari di atas katil
rakyat Jerman dianggap mulia disisi masyarakat jika nama mereka yang tekorban dipahatkan di tugu peringatan
Pendidikan di Perancis pada era WWI
Mengigatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang - kerajaan meminta rakyat membuat persiapan sewajarnya
Pelajar diberitahu kewajipan mepertahankan negara Perancis yang paling cantik dan makmur di dunia
Pelajar diberitahu Perancis telah menyumbang idea idea tentang keadilan dan kemanusiaan kepada dunia
Maklumat tentang negara yang pernah dijajah Perancis tidak dimasukkan
Kronologi Pembunuhan Archduke Ferdinand
Archduke Ferdinand, putera Austria-hungary dan isterinya sophie datang ke Bosnia walaupun diberi amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia berbangsa Serb. Mereka ditembak mati oleh salah seoarang ahli kongsi gelap Black Hand
Pembunuhan ini serta merta menyebabkan Perang Dunia Pertama berlaku pada 28 Jun 1914
Kerajaan Austria mengambil peluang untuk menghancurkan kedaulatan Serbia. Austria menganggap Serbia sudah lama menghasut rakyatnya berbangsa Serb untuk membebaskan diri dari pemerintahan Austria
Jerman menyokong tindakan Austria
Rusia memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria
Jerman bimbang dan menyuruh Rusia memberhentikan persiapan mereka
Rusia enggan menurut. Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia