Sejarah : Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Flashcards
(43 cards)
Siapakah pengasas Kesultanan Melayu Melaka?
Parameswara.
Mengapakah Paramewara melarikan diri daripada Palembang?
Kemunculan kerajaan Majapahit.
Selepas kejatuhan kerajaan….
Srivijaya.
Ke manakah Parameswara dan pengikutnya berundur?
Temasik.
Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya disambut baik oleh siapa?
Pembesar Temasik iaitu Temagi.
Pada masa itu, Temasik berada di bawah naungan apa?
Naungan Siam.
Parameswara berfikir bahawa kedudukan Temasik sangat strategik. Untuk mendapatkan kawasan tersebut Parameswara….
membunuh Temagi untuk menuntut hak pertuanannya. Selepas itu, Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula.
Pembunuhan Temasik menyebabkan…
Kerajaan Siam hendak menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya.
Parameswara meninggalkan Temasik dan menuju ke
Muar.
Selepas Muar, Parameswara menuju ke
Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
Selepas perjalanan Parameswara, Parameswara tiba di sebuah….
Perkampungan nelayan.
Penduduk perkampungan nelayan tersebut terdiri daripada
Orang Melayu, Orang Laut dan orang asli.
Parameswara berpendapat bahawa kedudukan temput tersebut amat baik kerana
- berhampiran dengan laut. - laluan kapal dagang, bekalan air bersih.
- bentuk muka bumi yang berbukit-bukau- petunjuk pelayar.
- pokok bakau dan pokok api-api - benteng pertahanan, pelindung semula jadi.
- terlindung daripada angin monsun - muara sungai terlindung daripada tiupan angin.
Pokok bakau dan pokok api-api mempunyai sistem akar yang boleh
menahan lumpur yang termendap dan menahan pantai serta tebing sungai daripada hakisan air.
Ceritakan asal usul nama Melaka.
Parameswara berehat di bawah pokok Melaka. Ketika itu, Parameswara ternampak seekor pelanduk yang berjaya mengalahkan anjing perburuannya. Beliau berasa bahawa tempat tersebut sesuai untuk mendirikan kerajaan.
Nama Melaka juga berasal daripada
Perkataan Arab iaitu Mulaqah yang bermaksud pertemuan. Selain itu, Melaka juga disebut sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang.
Pokok Melaka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai
Amalaka.
Menurut mitos Hindu, Amalaka ialah
pokok pertama yang tumbuh di alam semesta. Pokok ini dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva. Buahnya mempunyai kuasa ajaib.
Kegigihan Parameswara membangunkan kesultanan melayu Melaka.
- Sistem pemerintahan yang teratur.
- Kemudahan pelabuhan.
- Hubungan diplomatik.
- Bantuan orang laut.
- Ikatan konsep daulat.
Apakah tanggungjawab seorang pembesar?
Hal ehwal balairung seri.
Apakah tanggungjawab empat puluh orang bentara?
Untuk menjalankan perintah raja.
Apakah tanggungjawab biduanda kecil.
Membawa alat-alat kebesaran raja.
Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan?
Membaiki kapal, bekalan air bersih, makanan tenaga kerja, tempat penginapan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa.
Mengapakah kemudahan pelabuhan penting?
Untuk membolehkan mereka datang berniaga di Melaka.