Tajuk 1: Pengenalan Flashcards
(52 cards)
Definisi ilmu ekonomi
kajian sains sosial yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendah yang tidak terhad
Dua analisis ilmu mikroekonomi
mikroekonomi & makroekonomi
Sumber ekonomi dikenali sebagai:
Faktor pengeluaran
Definisi sumber ekonomi
suatu barang fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Jenis-jenis sumber ekonomi
Tanah, Buruh, Modal, Usahawan
Definisi tanah
sumber asli atau anugerah alam yang terdapat di permukaan bumi dan dalam perut bumi
Definisi buruh
Sumbangan individu secara mental mahupun fizikal dalam proses pengeluaran
Definisi modal
sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk membantu firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Definisi usahawan
individu yang bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Pulangan / ganjaran tanah
sewa
Pulangan / ganjaran buruh
upah / gaji
Pulangan / ganjaran modal
bunga/faedah/dividen
Pulangan / ganjaran usahawan
untung
4 perbezaan buruh dan usahawan
- risiko kerugian
- perancanga inovasi
- ganjaran
- definisi
Definisi teknologi
pengetahuan dan teknik yg digunakan untuk menggabungkan sumber ekonomi terhad dalam proses pengeluaran
Definisi kehendak manusia
barang dan perkhidmatan yang ingin diperoleh oleh individu untuk mencapai kehidupan lebih selesa
3 kumpulan utama barang
- barang ekonomi
- barang percuma
- barang awam/ persendirian
Definisi barang ekonomi
barang yang dikeuarkan oleh pihak swasta dan melibatkan kos pengeluaran
Definisi barang pengguna
barang yang dapat memberikan kepuasan secara lagsung kepada pengguna
Definisi barang modal
barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain
Definisi barang perataraan
barang yang digunakan sebagai input oleh firma lain dalam menghasilkan barang atau perkhidmatan lain
Definisi barang percuma
barang yang merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa melibatkan kos
Definisi barang awam
barang yang penggunanya tidak dapat dikecualikan daripada menggunakannya dan tidak bersaing
definisi barang persendirian
barang yang dibiayai oleh individu itu sendiri