BAB 1: LANGKAH KESELAMATAN DALAM MALMAL Flashcards

1
Q

Apakah maksud peralatan perlindungan diri?

A

Kelengkapan yang diperlukan semasa menjalankan eksperimen untuk memberi perlindungan kepada pemakainya daripada sebarang bahaya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Apakah jenis peralatan perlindungan diri?

A
  • Gogal
  • Topeng muka
  • sarung tangan
  • Baju makmal
  • kasut bertutup/ keselamatan
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Apakah peralatan perlindungan diri di dalam makmal?

A
  • Kebuk wasap
  • kabinet aliran laminar
  • penyiram kecemasan
  • pembilas mata
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Apakah bahan yang boleh di buang ke dalam sinki?

A
  • cecair/larutan yg berpekatan rendah dan tidak berbahaya.
  • Bahan neutral (air suling, larutan sukrosa dan pewarna)
  • Bahan asid lemah
  • Bahan alkali lemah
  • Larutan natrium klorida (garam)

Larutan alkali lemah; pH 8-9
Larutan asid lemah; pH 5-6

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Apakah bahan yang tidak boleh di buang ke dalam sinki?

A
  • Sisa pepejal (lemak/darah beku)
  • Bahan yg mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9.
  • Logam berat (arsenik, plumbum)
  • Sisa organik (bangkai haiwan dan mikrob).
  • Bahan toksik (merkuri, sianida).
  • Bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak)
  • Bahan buangan radioaktif (uranium)
  • Bahan mudah meruap
  • sebatian pelarut organik (petroleum, kloroform)
  • Bahan reaktif (natrium, kalium)

pH kurang dari 5: Asid kuat. pH lebih dari 9: Alkali kuat.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

apakah fungsi kebuk wasap?

A

Digunakan semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan yang mudah terbakar, beracun, mengakis, berbau dan meruap.

mempunyai kipas penyedut untuk mengeluarkan wap bahaya keluar makmal.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Jika sebatang termometer merkuri telah jatuh ke lantai dan pecah . Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang murid ?

A
  • Maklum kepada guru dengan segera.
  • Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan.
  • Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Apakah kegunaan kabinet aliran laminar?

A

Mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dgn mikrobiologi dijalankan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Apakah kategori bahan sisa biologi?

A

Kategori A - peralatan tajam (jarum, skapel)
Kategori B - pepejal tidak tajam (sarung tangan, tisu)
Kategori C - bangkai, organ (haiwan uji kaji)
Kategori D - cecair (darah, serum)

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Apakah kegunaan alat pemadam kebakaran?

A

ialah alat yang digunakan untuk mengawal dan memadam kebakaran.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Apakah 2 jenis bahan sisa?

A
  • Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki.
  • Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Apakah fungsi penyiram kecemasan?

A

Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia atau terbakar dengan segera.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Apakah kegunaan pembilas mata?

A

membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

Bagaimanakah cara membuang bangkai haiwan yang telah digunakan untuk uji kaji?

A
  • membalut bangkai tersebut dengan kertas tisu atau kain.
  • kemudian dibungkus rapi di dalam plastik bioberbahaya.
  • selepas dibungkus, ianya disimpan di dalam penyejuk beku sebelum dilupuskan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Apakah 4 jenis alat pemadam kebakaran?

A
  • jenis air (label merah)
  • jenis buih (label krim)
  • jenis karbon dioksida (label hitam)
  • jenis serbuk kering (label biru)
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis air?

A

Kebakaran yang melibatkan kain, kertas, dan kayu.

Tidak sesuai untuk memadam kebakaran akibat peralatan elektrik.

*kerana air ialah konduktor elektrik.

17
Q

Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis buih?

A

memadamkan kebakaran seperti kayu dan kertas, serta jenis cecair atau gas yang mudah terbakar (contoh: minyak cat, dan gas asli).

  • Berfungsi untuk menyelimuti dan menurunkan suhu.
  • kandungannya boleh menjadi beku sekiranya disimpan di tempat sejuk.
18
Q

Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis karbon dioksida?

A

Memadamkan kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik, gas, dan wap.

Kerana karbon dioksida tidak mengalirkan elektrik.

19
Q

Kebakaran apakah yang boleh dipadamkan oleh alat pemadam api jenis serbuk kering?

A

Memadamkan semua jenis kebakaran seperti pepejal logam dan bukan logam, cecair, gas dan peralatan elektrik.

20
Q

Apakah jenis pemadam kebakaran lain selain air, buih, karbon dioksida, dan serbuk kering?

A
  • Pemadam api ABC
  • Selimut kebakaran
21
Q

Apakah jenis kebakaran yang boleh dipadamkan oleh pemadam api ABC?

A

Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran kecuali kebakaran yang disebabkan oleh logam dan gas.

22
Q

Apakah kelebihan pemadam api ABC?

A
  • Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan.
  • tidak mencemarkan tanah.
  • kelembapan yang dihasilkan tahan lebih lama dan menghalang api daripada merebak.
  • mudah diselenggara (sekurang-kurangnya sekali setahun).
23
Q

Apakah kegunaan selimut kebakaran?

A
  • mampu memadamkan api kecil atau sederhana yang sukar dipadamkan oleh air.
  • memadamkah api pada badan mangsa dengan menyelimuti badan mangsa.

Selimut kebakaran tidak boleh digunakan semula.

24
Q

Bagaimanakah cara menggunakan alat pemadam kebakaran?

A
  1. tanggalkan pin keselamatan. pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan.
  2. halakan muncung alat ke pangkal api. pastikan anda berada pada jarak 2 hingga 2.5 meter dari api.
  3. tekan pemicit atas alat pemadam kebakaran.
  4. ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnya dari sisi ke sisi.
25
Q

Bagaimanakah cara memeriksa tekanan dalam alat pemadam api?

A
  1. pastikan jarum pada meter tekanan berada pada zon hijau; tekanan normal.
  2. sekiranya jarum terpesong ke arah kiri zon merah; tekanan kurang.
  3. sekiranya jarum terpesong ke arah kanan zon merah; tekanan berlebihan.