Bab 1 Warisan Negara Bangsa Flashcards

1
Q

Apakah kerajaan Alam Melayu yang menunjukkan ciri ciri negara bangsa berkembang dan diwarisi oleh Kerajaan Alam Melayu selepasnya?

A

Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Apakah ciri ciri negara bangsa kerajaan Alam melayu

A

Raja, Undang undang, Wilayah Pengaruh dan Rakyat

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Huraikan ciri raja

A

Raja menjadi tonggak utama kerajaan

Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar

Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya

Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci

Contohnya, Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Huraikan Ciri undang undang

A

Undang undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.

Undang undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.

Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang undang Kutara Manawa

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Huraikan ciri ciri wilayah pengaruh

A

Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja

Contohnya, kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Huraikan ciri ciri rakyat

A

Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka

Contohnya, rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Apakah kegunaan Inskripsi Telaga Batu

A

digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah dalam kerajaan Srivijaya

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Apakah kerajaan yang telah meneruskan ciri ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Funan dan Champa

A

Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Maksud Srivijaya

A

Sri iaitu bercahaya

Vijaya iatu kemenangan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Jelaskan upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya

A

Dalam uapcara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya, air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya.

Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Bagaimanakah Raja Srivijaya dikenang?

A

melalui jumlah ketulan emas yang telah ditinggalkan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Apakah ciri ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka

A

Kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang undang dan lambang kebesaran

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Huraikan ciri kerajaan

A

Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja

Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar

Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi tonggak pemtadbiran Melaka

Sistem pemtadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan melaka sebagai empayar yang terkenal

Selepas kedatangan islam. pemerintah kesultanan melayu Melaka mula menggunakan gelaran sultan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

Huraikan ciri rakyat

A

Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan melaka dan mematuhi undang undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka

Secara umum. rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan orang laut

Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdekan dan hamba

Kesejahteraan rakyat Malaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekausaan sultan

Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Huraikan ciri kedaulatan

A

Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan

Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah

Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing

Kedaultan kesultanan Melayu Melaka juga diiktiraf oleh kerajaan dinasti Ming

Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Huraikan ciri wilayah pengaruh

A

Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung tanah Melayu dan pantai timur Sumatera

wilayah pengaruh ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.

Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini

17
Q

Huraikan ciri undang undang

A

Terdapat 2 undang undang bertulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka , iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang undang Laut Melaka
Undang undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Undang undang ini juga menjadikan KMM sebagai sebuah kerajaan yang unggul

18
Q

Huraikan ciri lambang kebesaran

A

Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka
Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah
Contoh: adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
Cap mohor digunakan untuk
mengesahkan arahan daripada sultan

19
Q

Apakah maksud wilayah taklukan

A

Wilayah taklukan ialah wilayah yang diperoleh melalui peeprangan
Antara wilayah yang ditakluk termasuklah Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar

20
Q

Apakah maksud wilayah naungan

A

Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan KMM sama ada melalui perkahwinan atau persahabatan
Contoh: Lingga , Patani dan Kedah

21
Q

Jelaskan perolehan wilayah melalui perkahwinan

A

Contoh ; kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan keapda sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit

22
Q

Sistem pentadbiran apa yang digunakan semasa KMM

A

Pembesar Empat Lipatan. sistem ini menjadikan pentadbiran KMM lancar dan tersusun

23
Q

Huraikan kawasan pegangan.

A

Sultan Melaka memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayan, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat.
Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan

24
Q

Huraikan sistem pentadbiran KMM

A

sistem pentadbiran KMM terususun dan berhierarki

Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam segala aspek, iaitu dalam pemerintahan, peeprangan , hubungan diplomatik dan agama

Pembesar Berempat, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, temenggung dan Laksamana
Pembesar lain yg membantu dlm pentadbiran ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu

25
Q

SIstem pentadbiran KMM mempunyai 2 peringkat, iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan. Huraikan

A

Pentadbiran Pusat

Bendahara

Ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera
Menasihati sultan dalam pelbagai hal dan menjadi pemangku sultan

Penghulu Bendahari
Mengurus perbendaharaan kerajaan

Syahbandar
mengutip cukai di pelabuhan

Temenggung
Menjaga keselamatan kota Melaka

Laksamana
Panglima angkatan laut Melaka

Peringkat Jajahan

Pembesar
ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung

Menjaga keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai

Dilantik sultan dan Pembesar Berempat

26
Q

Maksud kawasan pegangan

A

Kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat

27
Q

Siapakah bendahara yg paling lama berkhidmat dalam KMM

A

Bendahara Tun Perak

berkhidmat kepada Sultan Muzaffar Shah. Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah dan Sultan Mahmud Shah

28
Q

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Huraikan

A

Hukum Kanun Melaka

Jenayah

Fasal 5.1, hukuman bunuh terhadap kepada seseorang yang didapati membunuh tanpa pengetahuan raja atau pembesar
Fasal 4, hukuman bunuh terhadap sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan
Peranan Sultan dan Pembesar

Fasal 1, dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar
Kekeluargaan

Fasal 26, pernikahan memerlukan empat orang saksi, dua orang sahaja jika tidak cukup
Hamba abdi dan wanita tidak boleh memjadi saksi tersebut
Ekonomi

Fasal 30, amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
Orang niaga hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli

Undang-undang Laut Melaka
Peranan Nakhoda

Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari
Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai, perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan
Pelayaran

Fasal 9, malim harus arif tentang ilmu pelayaran
Jika malim lalai sehingga menyebabkan kerosakan, dia akan dihukum bunuh
Jenayah

Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati
Percukaian

Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang

29
Q

Maksud waadat

A

perjanjian

30
Q

Huraikan peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah

A

Peranan Sultan
Bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perpaduan rakyat, kestabilan kerajaan, dan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat

Peranan Pembesar
Menjaga keamanan dan kebajikan rakyat kawasan
Perantara antara sultan dengan rakyat
Mengutip hasil
Membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah

Peranan Rakyat
Taat setia kepada pemerintah
Mematuhi segala arahan pemerintah
Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah
Menghadiri majlis umum
Menjadi tenteta, pengayuh atau pendatung kapal perang
Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan

31
Q

Maksud Tulah

A

Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melangar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja