hipotesis Flashcards

1
Q

JR Logan

A

JR Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam [di daerah Burma dan di Tibet]. Persamaan adat resam ini menurut Logan berkait rapat dengan Bahasa yang digunakan mereka . Beliau telah mengambil kesimpulan bahawa Bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Kolonel Henry Yule

A

Logan telah disokong oleh Kolonel Henry Yule yang
juga mengemukakan pandang yang sama. * Yule telah menambah beberapa aspek budaya/ kebiasaan yang dikongsi bersama oleh kaum-kaum
tersebut seperti:
- tidak suka minum susu sewaktu makan,
- suka pada ikan yang ‘dibusukkan’,
- suka melapis gigi dengan emas dan sebagainya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Hendrik Kern

A

Hendrik Kern, iaitu seorang ahli fisiologi Belanda yang juga pakar dalam Bahasa Sanskrit dan pelbagai Bahasa Austronesia yang lain menyatakan bahawa penduduk di Kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam , di bahagian timur India . Beliau membuat kesimpulan demikian berdasarkan persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku di Assam di India [Abdul Rashid 2006] . Hendrik Kern juga mengatakan bahawa nenek moyang Melayu yang disebut rumpun penutur Bahasa Austronesia ialah bangsa penghijrah dari Tonkin, sebuah tempat di antara utara Vietnam dan Selatan China. Bukti yang diajukan kerana wujudnya persamaan perkataan dalam kalangan masyarakat peribumi , tumbuh-tumbuhan dan binatang di wilayah Nusantara . Tonkin dianggap oleh Hendrik sumur penjana manusia ke Nusantara kerana penduduk di wilayah tersebut lebih padat daripada di Nusantara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Geldern

A

Van Geldern , iaitu seorang penyelidik di muzium Austria telah mengatakan bahawa terdapat perpindahan penduduk yang besar dari Tanah Besar Asia TENGGARA . Perpisahan pertama menurut Van Geldern berlaku pada suatu waktu kira-kira 2500 tahun dahulu. Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak bangsa yang diberi nama Proto-Malay . Menurut Abdul Rashid [2006] ,tidak dijelaskan sebab perpindahan mereka dari Kawasan pergunungan di barat daya negeri China melalui beberapa laluan seperti dari hulu sungai-sungai di Myammar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung utara pulau Sumatera yang sekarang dikenali dengan nama Acheh . Dari situ terus ke Selatan dan ke pulau-pulau lain di ASIA TENGGARA . Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand menuju ke Selatan hingga Segenting Kra. Dari sana terus ke Semenanjung Tanah Melayu , Sumatera , Jawa dan pulau yang lain. Lalaun ketiga adalah dari hulu sungai di VIETNAM dan Laos ke selatan dan menyeberang ke Kalimantan dan kemudian ke pulau yang lain . Sementara lalaun keempat adalah dari Formosa atau Taiwan ke pulau Filipina dan terus ke selatan dan pulau yang lain.Melayu Proto yang berpindah ke selatan ini tinggal di kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja , mencari makan seperti siput , ikan ,karangan laut, pucuk-pucuk kayu dan lain- lain termasuk binatang liar.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Isidore Dyen

A

Seorang ahli linguistik bandingan yang berbangsa
Amerika.
- Berpendapat tanah tempat asal orang-orang Austronesia
adalah Formosa (Taiwan) atau New Guinea iaitu di
kawasan pulau.
- Menggunakan kaedah leksikostatistik, dan melihat
tempat-tempat yang paling tinggi bilangan kepelbagaian bahasanya
- Hipothesis beliau yang selanjutnya ialah tanah asal
bahasa Austronesia sememangnya sudah mempunyai banyak bahasa yang tergolong dalam satu keluarga.
Apabila suku-suku bangsa Austronesia purba berpindah keluar, masing-masing membawa bahasanya sendiri

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Crawford

A

Dalam bukunya ‘On the Malayan and Polinesian
Languages and Races’ dalam tahun 1848 telah
membantah dengan keras pendapat Marsden tentang
keserumpunan bahsa Austronesia.
- Beliau telah meneliti pelbagai bahasa dari kamus-
kamus yang wujud dan membandingkan kata-kata
tersebut.
- Oleh kerana jumlah kata-kata yang sama agak kecil,
maka beliau menyangkal keserumpunan bahasa-
bahasa Austronesia.
- Beliau juga menyatakan bahawa orang Indonesia tidak
berasal dari kawasan lain. Malah, mereka merupakan
induk yang menyebar ke kawasan-kawasan lain.
- Namun hipotesis beliau sukar diterima oleh sarjana-
sarjana yang lain

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Humboldt

A
  • Sarjana Jerman yang merupakan orang pertama yang membangkitkan persamaan antara bahasa-bahasa di Kepulauan Polinesia - iaitu bahasa-bahasa Fiji, Maori, Hawaii dan sebagainya itu, dengan bahasa Melayu.
  • Sarjana yang mengemukakan pelbagai daftar kata yang terdapat di Austronesia bagi kajian perbandingan.
  • Dalam kajiannya- bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India Antara sarjana yang menyangkal pendapat Crawfurd
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Himly

A
  • Beliau telah membandingkan bentuk kata
    Campa dengan bunyi dan bentuk kata-kata dari
    pelbagai bahasa di dataran Asia Tenggara.
  • Beliau menyangkal pendapat yang memasukkan
    bahasa Campa ke dalam rumpun Melayu
    Polinesia dengan alasan mengenai fonem-fonem
    aspirat dan kata-kata ekasuku dalam bahasa
    Campa tidak berasal dari bahasa Melayu.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Asmah Haji Omar

A

berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China Selatan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly