Keimunan Manusia Flashcards
(12 cards)
Apakah maksud keimunan?
Keupayaan badan melawan patogen yang menyebabkan penyakit.
Apakah itu patogen?
Mikroorganisma penyebab penyakit seperti bakteria, virus, kulat dan protozoa.
Jenis keimunan manusia?
- Keimunan semula jadi
- Keimunan buatan
Keimunan semula jadi terdiri daripada apa?
Keimunan pasif semula jadi: antibodi dari ibu kepada bayi melalui susu & plasenta
Keimunan aktif semula jadi: selepas dijangkiti penyakit & hasilkan antibodi sendiri
Keimunan buatan terdiri daripada apa?
Keimunan pasif buatan: suntikan antibodi
Keimunan aktif buatan: vaksinasi (suntikan patogen lemah)
Apakah itu vaksin?
Patogen mati/lemah yang merangsang sistem imun hasilkan antibodi tanpa menyebabkan penyakit serius.
Peranan limfosit B?
Hasilkan antibodi untuk lawan patogen spesifik.
Peranan limfosit T?
Bantu musnahkan sel dijangkiti patogen & aktifkan sel imun lain.
Apa itu antibodi?
Protein khusus dihasilkan oleh limfosit B untuk lawan patogen tertentu.
Bezakan antara keimunan aktif & pasif
Aktif: hasilkan antibodi sendiri (tahan lama)
Pasif: terima antibodi (sementara)
Apa itu penyakit autoimun?
Sistem imun serang sel badan sendiri (contoh: lupus, arthritis reumatoid)
Apakah itu AIDS dan kaitannya dengan sistem imun?
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang musnahkan limfosit T, lemahkan sistem imun.