PERKEMBANGAN IDEA NASIONALISME DI BARAT Flashcards
(5 cards)
Bagaimana nasionalisme di Barat tercetus?
-Nasionalisme di Barat berkembang berikutan penentangan rakyat terhadap pemerintahan beraja.
-Pemerintahan Raja di Barat telah menjadi simbol penindasan dan mengunggat hak dan kebebasan rakyat
-Idea nasionalisme di Barat telah mencetuskan kesedaran dan kebangkitan memperjuangkan kedaulatan negara yang menekankan hak dan prinsip kedaulatan rakyat.
-Antara nasionalisme antiraja di Barat ialah Revolusi Keagungan di England Dan Revolusi Perancis.
Apakah karya John Locke dan intipatinya?
Karya John Locke ialah Two Treatisies of Government.
-Karyanya telah mempopularkan prinsip raja berpelembagaan kerana baginya kerajaan patut diasaskan pada suatu persetujuan antara pemerintah dan rakyat.
-Locke menolak konsep pemerintahan Raja berkuasa mutlak .
Revolusi Amerika
-Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika terhadap penjajahan British
-Terdapat 13 buah tanah Jajahan British di Amerika.
-British telah mengenakan pelbagai akta sbg contoh Akta Pelayaran , Setem , Gula dan Teh yang menyukarkan kehidupan penduduk tanah Jajahan.
-Pemimpin di tanah Jajahan iaitu George Washington menubuhkan kongres yang diketuai olehnya.
-Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
-13 tanah Jajahan itu digabung dan dinamakan sebagai Amerika Syarikat yang memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Revolusi Perancis (1789)
-Idea nasionalisme memperjuangkan kebebasan , persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis, iaitu Rousseau dan Voltaire yang mencetuskan idea Revolusi
-Rousseau telah menghasilkan karya The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
-Suara rakyat dikenal sebagai hasrat umum.
-Menurut Rousseau , suara rakyat lebih tinggi dan penting berbanding institusi raja dan biroaksi.
-Pemerintahan autoraktik Raja Louise telah menjadi sasaran bagi golongan Revolusi.
-Golongan raja dan bangsawan memonopoli keistimewaan manakala rakyat pula terbeban dengan cukai.
- Revolusi berlaku apabila rakyat mengempur penjara Bastille dan membebaskan tahanan politik serta mengulungkan pemerintahan Raja Louise.
-Sistem pemerintahan beraja ditukar kepada Republik Perancis
Revolusi Keagungan (1688)
-Revolusi Keagungan dilancarkan di England bagi menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
-Revolusi tercetus apabila Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang - undang.
-Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan Raja James II yang bersifat mutlak dengan sokongan Mary II dan suaminya Raja Williams of Orange dari Belanda.
-Raja James II pun melarikan diri apabila sokongan beliau semakin berkurangan.
-Revolusi Keagungan dinamakan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah