PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA Flashcards
(5 cards)
Bagaimana nasionalisme di Asia wujud?
Nasionalisme merupakan gerakan untuk menamatkan penjajahan kuasa asing dan menuntut perubahan politik seiring dengan pembinaan negara bangsa.
Terangkan tentang nasionalisme di India?
-Nasionalisme India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.
-Titik tolak nasionalisme India bermula dengan kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857.
-Nasionalisme awal tertumpu kepada isu sosioagama seperti yang diperjuangkan oleh pertubuhan Brahmo Samaj dan Arya Samaj.
-Perkembangan pada pendidikan British pada penghujung Abad ke-19 telah melahirkan golongan intelektual dan melancarkan gerakan nasionalisme yang lebih tersusun.
-Pertubuhan politik diwujudkan untuk menyuarakan pandangan masyarakat
-INC dbentuk pada tahun 1885 manakala Liga Muslim ditubuhkan pada tahun 1906
-Pada awal Abad ke-20 muncul gerakan nasionalisme yang bersifat keras.
-Mereka mengerakkan semangat penentangan secara militan terhadap British.
-Selepas Perang Dunia Pertama , INC yang diterajui oleh Mahatma Gandhi mendukung dasar tidak bekerjasama dengan British Dan menjadikan satyagraha sebagai pegangan mereka.
-Selepas Perang Dunia Kedua , INC membentuk jawatankuasa untuk membahagi India kepada negara India dan Pakistan.
-Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947.
-India pada 15 Ogos 1947.
Terangkan tentang nasionalisme di China?
-Nasionalisme di China bertujuan untuk mempertahankan peradaban China daripada ancaman penguasan politik dan ekonomi oleh orang asing
-Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu.
-Manchu dianggap sebagai orang luar oleh masyarakat China.
-Masyarakat China hilang kepercayaan kerana Dinasti Manchu gagal menghalamg kemasukan Barat.
-Tokoh yang mempepolori gerakan kebangkitan rakyat di China Dr Sun Yat Sen.
-Ada 3 Prinsip Rakyat iaitu nasionalisme , demokrasi dan kebajikan social.
-Prinsip tersebut berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu.
-China mengamalkan sistem Republik.
Terangkan nasionalisme Empayar Uthmaniah Dan Mesir?
-Nasionalisme Empayar dan Uthmaniah Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam Dan agama Islam berikutan ancaman daripada kuasa imperialis Barat pada Abad ke-19.
-Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan Gerakan Islah.
-Gerakan Pan Islamisme
-Pada tahun 1883 Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani menubuhkan kumpulan yang bernama Al-Urwan Al-Wuthqa untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
-Akhbar Al-Urwah Al-Wuthqa menyebarkan idea Pan Islamisme.
-Pan-Islamisme merupakan penyatuan persaudaraan untuk Umat Islam di seluruh Dunia untuk bangkit menghalang penyebaran kuasa Barat.
-Gerakan ini mendapat sokongan Umat Islam di seluruh Dunia termasuk Tanah Melayu.
-Pada tahun 1915 kebangkitan Tok Janggut dipengaruhi oleh Pan-Islamisme.
Gerakan Islah
-Merupakan gerakan pemulihan Islam.
-Gerakan ini dipelopori oleh Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani Dan Sheikh Muhammad Abduh.
-Gerakan Islah menyeru Umat Islam berpegang kepada Al-Quran Dan Hadis.
Terangkan tentang Nasionalisme di Jepun
-Nasionalisme Jepun digerakkan oleh pemerintah Jepun untuk mencapai kesedaran dan kemajuan bagi mengelakkan ancaman Imperialisme Barat.
-Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati.
-Prinsip dan semangat bushido telah membina nasionalisme dalam kalagan pemerintah dan rakyat.
-Semangat bushido ialah silap sanggup menanggung risiko , bersungguh - sungguh mencapai cita - cita dan sedia berkorban.
-Pemulihan Meiji menjadikan negara Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa kuat di Asia pada awal Abad ke-20.