Sem 1 Flashcards
(22 cards)
Ciri Negara
- Sempadan
- Penduduk
- Kerajaan
- Berdaulat
Ciri negara berdaulat
- Bebas daripada penjajahan asing
- Kerajaan mampu mentadbir tanpa pengaruh kuasa luar
- perlembagaan sendiri
- Diiktiraf oleh negara luar-hubungan diplomatik
- Identiti sendiri-bendera,ideologi
Nyatakan 4 fungsi kerajaan.
- Menyediakan kemudahan ekonomi
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan
- Memastikan keamanan dan ketenteraman
- Memastikan kestabilan persaingan
Nyatakan empat fungsi kerajaan dalam mentadbir negara.
- Menguatkuasa undang-undang
- Merancang,melaksana, menilai dan menyelaras pentadbiran negara.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
- Merancang dan melaksanakan program-program bagi kesejahteraan hidup rakyat
Nyatakan 4 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold.
- Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan.
- Negara baru yang dibentuk akan dinamakan Malaysia.
- Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa untuk penentuan dasar imigresennya.
- Perlembagaa baru Malaysia hendaklah berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu.
Nyatakan 3 ciri negara demokrasi berparlimen.
- Kerajaan atau pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
- Parti politik yang menang majoriti dalam pilihan raya berhak membentuk kerajaan.
- Rakyat mempunyai perwakilan di Parlimen melalui wakil rakyat yang dipilih melalui
pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali.
Huraikan 2 perbezaan antara sistem Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kesatuan.
- Kerajaan Persekutuan wujudnya pembahagian kuasa antara gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
- Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak manakala Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Apakah maksud doktrin pengasingan kuasa?
Pengasingan/pemisahan kuasa di antara badan pemerintah iaitu badan eksekutif, perundangan dan kehakiman
Berikan 3 kebaikan Doktrin Pengasingan Kuasa.
- Mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara ketiga-tiga badan kerajaan iaitu
badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman - Mengelak berlakunya pemusatan kuasa oleh mana-mana badan kerajaan
- Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan-badan kerajaan yang lain.
- Melicinkan pengurusan dan pentadbiran negara
Terang 2 keadaan saling bergantungan antara ketiga-tiga badan eksekutif, perundangan dan kehakiman di Malaysi
- Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua bagi ketiga-tiga badan kerajaan
- Perdana Menteri dan menteri menjalankan fungsi-fungsi eksekutif dan pada masa yang sama
merupakan ahli parlimen yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
Apakah maksud perlembagaan?
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Ia menjadi sumber rujukan kepada undang-undang lain
Nyatakan 3 ciri Perlembagaan Persekutuan.
- Ia merupakan dokumen bertulis
- Boleh dipinda
- Undang-undang tertinggi negara
Huraikan 2 kepentingan perlembagaan.
- Mewujudkan satu pemerintahan yang adil – Perlembagaan undang2 yang mengandungi peraturan sebagai asas kepada perjalanan sebuah kerajaan yang adil
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa – Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan
- Menjamin pentadbiran yang teratur dan sistematik –Perlembagaan menjelaskan tentang adanya pengasingan kuasa dan struktur pentadbiran yang teratur
- Menjamin hak asasi warganegara – Perlembagaan menjamin hak asasi warganegara supaya hidup aman dan sejahtera
Nyatakan 4 cara untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
- Mendapat pungutan suara majoriti biasa di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen
- Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja. - Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga di kedua-dua Majlis Parlimen dan
persetujuan Yang di-Pertuan Negeri Sabah dan Sarawak - Melalui deklarasi darurat di bawah perkara 150
Nyatakan 4 tujuan pindaan perlembagaan.
- Memastikan undang-undang yang digunakan relevan dengan keadaan dan
kehendak semasa - Melicinkan pentadbiran negara
- Melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat
- Menjaga keselamatan negara
Nyatakan 4 perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja apabila Parlimen ingin meminda Perlembagaan Persekutuan.
- Kewarganegaraan
- Hasutan dan kebebasan bercakap
- Majlis Raja-raja
- Keutamaan Raja-raja dan Yang di-Pertuan Negeri
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain serta hak yang sah bagi kaum-kaum lain.
- Keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
- Kedaulatan Raja-raja Melayu
Nyatakan 4 perkara yang memerlukan sokongan majoriti mudah di Majlis Parlimen untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan.
- Bentuk sumpah dan ikrar
- Pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara
- Persempadanan semula kawasan pilihan raya
- Peruntukan tambahan kewarganegaraan
- Bertujuan untuk mewujudkan keseragaman undang-undang antara negeri
Huraikan 2 bukti bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia
-Yang di-Pertuan Agong adalah Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
-Parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen tidak boleh
meluluskan undang-undang yang dianggap bertentangan dengan perlembagaan
Persekutuan.
-Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang bercanggah dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah sahaja.
Nyatakan 4 sebab penubuhan Malaysia.
- Mempercepatkan proses kemerdekaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei yang masih dijajah oleh pihak British. - Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan penduduk bukan bumiputera.
- Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat
- Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara, terutamanya di Singapura dan
Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.
Huraikan 2 kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
- Kebebasan diri - Huraian
- Pengabdian dan kerja paksa - Huraian
Jelaskan 2 cara kedudukan Bahasa Melayu dipelihara dalam Perkara 152.
- Menggunakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan
- Mendakwa sesiapa yang didapati menghina dan mempersoal kedudukan Bahasa Melayu di bawah
Akta Hasutan 1984
Nyatakan 4 perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan.
- Agama Islam sebagai agama Persekutuan
- Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu
- Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputere di Sabah dan Sarawak
- Kedudukan Bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
- Kerakyatan/kewarganegaraan
- Kedudukan dan hak sah kaum bukan bumiputera