Topik 1 Flashcards Preview

ADSQ2103 Kemahiran Al Quran > Topik 1 > Flashcards

Flashcards in Topik 1 Deck (9)
Loading flashcards...
1

Pengertian Tajwid
1. Bahasa?
2. Istilah?

Ringkasan?

Dari sudut bahasa..

bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.

Dari sudut istilah..
bererti mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya.

Ringkasan ..
ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.

2

Kesalahan-kesalahan dalam membaca Al Quran

1. Kesalahan yang nyata
(اللَّحْنُ الْجليُّ)

2. Kesalahan yang tersembunyi
(اللحن الخفيُّ)

3

Huraikan اللحن الجلي ?

Ia berlaku apabila terdapat kesalahan pada sebutan huruf atau perubahan pada tanda baris, sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak.

Melakukan kesalahan ini hukumnya HARAM

4

Huraikan اللحن الخفي ?

Kesalahan ini tidak membawa kepada perubahan makna, seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan sempurna atau tidak menyalahi kaedah bahasa Arab

Melakukan kesalahan ini hukumnya MAKRUH

5

Tingkatan bacaan Al Quran

1. At Tahqiq التحقيق

2. At Tartil الترتيل

3. At Tadwir التدوير

4. Al Hadar الحدر

6

Huraikan التحقيق

At-Tahqiq merupakan tingkatan yang paling lambat dan perlahan-lahan. Tempo ini biasanya digunakan bagi mereka yang sedang belajar membaca AlQur’an agar dapat melafazkan huruf beserta sifat-sifatnya dengan tepat.

7

Huraikan الترتيل

At-Tartil ertinya membaca Al-Qur’an dengan perlahan dan tenang. Setiap huruf dilafazkan satu persatu dengan jelas dan tepat menurut makhraj dan sifatnya, serta terpelihara ukuran panjang pendeknya, dan berusaha untuk memahami maknanya. Membaca dengan tartil lebih baik dan diutamakan.

8

Huraikan التدوير

Tingkatan ini berada pada pertengahan antara tartil dan hadr. Bacaan at-tadwir ini dikenali dengan bacaan yang sederhana, tidak terlalu cepat dan juga tidak terlalu perlahan. Kebiasaannya dibaca dalam solat oleh para imam.

9

Huraikan الحدر

Al-Hadr adalah tingkatan bacaan Al-Qur’an yang paling cepat. Namun hukum tajwid masih lagi terjaga. Al-Hadr biasanya diguna pakai oleh mereka yang sudah menghafal Al-Qur’an agar dapat mengulang hafalan dalam masa yang singkat.