ch10 f4 Flashcards
(58 cards)
Semua organism hidup memerlukan pertukaran bahan keperluan seperti
nutrien, bahan buangan dan gas respirasi secara berterusan untuk hidup. Pertukaran bahan-bahan ini selalunya berlaku melalui resapan.
dalam organisma multisel, proses resapan sahaja tidak memenuhi bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi kepada sel-sel kerana
- Nisbah JLP/I yang rendah, dan
- Jarak persekitaran luar dari sel terlalu jauh
organisma ini memerlukan sistem__ untuk ___
sistem peredaran darah untuk mengangkut nutrien, oksigen dan juga bahan-bahan sisa.
Sistem peredaran darah dalam organisma boleh dibahagikan kepada dua:
- Sistem peredaran terbuka
- Sistem peredaran tertutup
Dalam sistem peredaran terbuka
hemolimfa dipam terus ke dalam hemoselom yang mengandungi sel-sel badan.
sistem peredaran terbuka untuk?
serangga
terangkan sistem peredaran darah serangga
Sistem peredaran darah terbuka. Satu atau lebih jantung mengepam hemolimfa ke dalam hemoselom. Apabila jantung mengecut, hemolimfa mengalir dari jantung ke dalam hemoselom. Pertukaran bahan antara hemolimfa dan sel badan berlaku di sini. Apabila jantung mengendur, hemolimfa didorong balik ke jantung melalui liang seni yang dipanggil ostium.
dalam sistem peredaran tertutup
Dalam sistem peredaran tertutup (kanan) pula, darah mengalir secara berterusan dalam jantung dan salur darah. Pertukaran bahan berlaku melalui dinding kapilari darah.
sistem peredaran tertutup untuk?
- manusia
- ikan
- amfibia
terangkan sistem peredaran ikan
Ikan mempunyai satu jantung yang terdiri daripada satu atrium dan satu ventrikel. Darah yang meninggalkan ventrikel akan dipam ke kapilari insang dahulu untuk pertukaran gas. Kapilari insang mengangkut darah beroksigen ke kapilari sistemik. Dalam kapilari sistemik, oksigen meresap ke dalam tisu manakala karbon dioksida meresap dari tisu ke kapilari. Oleh sebab darah mengalir dalam satu hala sahaja, sistem ini dipanggil sistem peredaran tunggal.
terangkan sistem peredaran amifibia
Amfibia seperti katak mempunyai satu jantung yang terdiri daripada dua atrium dan satu ventrikel. Darah terdeoksigen memasuki atrium kanan manakala darah beroksigen masuk ke dalam atrium kiri. Darah mengalir dalam ke ventrikel yang sama. Di sini, terdapat campuran antara darah terdeoksigen dan darah beroksigen. Walaupun demikian, darah beroksigen cenderung kekal di sebelah ventrikel kiri manakala darah terdeoksigen cenderung kekal di sebelah ventrikel kanan. Ventrikel mengepam darah ke peredaran pulmokutaneus dan peredaran sistemik. Oleh kerana darah mengalir dalam 2 litar berasingan, sistem ini dikenali sebagai sistem peredaran ganda dua.
terangkan sistem peredaran manusia
Manusia mempunyai satu jantung yang terdiri daripada dua atrium dan dua ventrikel berasingan. Dalam peredaran pulmonari , darah terdeoksigen di ventrikel kanan dipam ke arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu untuk pertukaran gas. Dalam peredaran sistemik , darah dipam dari jantung ke seluruh bahagian badan yang lain. Darah beroksigen mengalir ke dalam ventrikel kiri untuk dipam ke kapilari sistemik melalui aorta. Oleh kerana terdapat 2 peredaran yang berbeza, sistem ini dipanggil sistem peredaran ganda dua yang lengkap.
persamaan sistem peredaran serangga, manusia, amfibia, ikan
- Ada dalam semua organisma multisel
- Terdiri daripada satu jantung yang mengepam darah ke seluruh badan atau hemolimfa (serangga)
- Berfungsi mengangkut nutrien dan produk sisa
- Jantung mempunyai injap untuk menghalang pengaliran darah ke belakang
3 komponen utama dalam sistem peredaran manusia.
- Darah merupakan satu jenis tisu penghubung yang terdiri daripada plasma, sel darah dan platlet. Darah ialah medium pengangkutan.
- Jantung ialah pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh badan.
- Salur darah membawa darah ke seluruh tisu badan. Salur darah terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
Jantung maksud
organ berotot berbentuk kerucut sebesar kepalan tangan. Jantung mempunyai 4 ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.
septum
Sebelah kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding berotot dipanggil septum.
memastikan darah beroksigen dan darah terdeoksigen tidak bercampur
Dinding atrium yang nipis berfungsi sebagai
ruang pengumpulan darah
ventrikel bertanggungjawab
mengepam darah dari jantung.
Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal berbanding dengan ventrikel kanan kerana
sebelah kiri ventrikel perlu menjana tekanan yang lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Sementara itu, ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu.
Aorta
Arteri utama yang mengangkut darah beroksigen ke seluruh bahagian badan lain.
Vena kava
Vena utama yang mengangkut darah terdeoksigen Kembali ke jantung.
arteri pulmonari
Mengangkut darah terdeoksigen ke peparu.
vena pulmonari
Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.