ch6 f4 Flashcards
(58 cards)
Pembahagian sel
Pembahagian sel merupakan satu proses semula jadi yang berlaku dalam semua organisma hidup.
organisma unisel,
pembahagian sel ialah satu cara pembiakan;
dalam organisma multisel
pembahagian sel ialah cara pertumbuhan dan penyelenggaran tisu
Sel baharu perlu dihasilkan pada setiap masa untuk
menggantikan sel yang telah mati atau tua.
Terdapat dua peringkat pembahagian sel iaitu
kariokinesis dan sitokinesis
Kariokinesis
proses pembahagian nukleus.
Sitokinesis
proses pembahagian sitoplasma.
sitokinesis berlaku bila
Sitokinesis berlaku semasa mitosis dan meiosis dalam sel haiwan dan sel tumbuhan. Proses ini ialah peringkat terakhir yang akan menghasilkan dua sel anak baharu. Pembentukan gelang pencerutan membezakan sel haiwan daripada sel tumbuhan.
sel soma
• Definisi: Semua sel dalam badan kecuali sel gamet
• Penghasilan: Terhasil melalui mitosis
• Bilangan kromosom: Mengandungi kromosom diploid (2n)
• Contoh-contoh: Sel otot, sel saraf, sel darah merah dll.
sel gamet
• Definisi: Sel terhasil dalam organ seksual
• Penghasilan: Terhasil melalui meiosis
• Bilangan kromosom: Mengandungi kromosom haploid (n)
• Contoh-contoh: Sperma dan ovum
sel diploid
Sel diploid merupakan sel yang mempunyai dua set kromosom yang lengkap, iaitu satu set daripada induk jantan ( kromosom paternal ) dan satu lagi set daripada induk betina ( kromosom maternal ).
sel haploid
Sebaliknya, sel haploid hanya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom dalam diploid, iaitu sel haploid hanya mempunyai satu set kromosom yang lengkap.
kitar sel
proses empat fasa yang berlaku di dalam sel ketika sel tumbuh dan membahagi.
Setiap pembahagian sel yang lengkap akan menghasilkan
dua sel anak perempuan baharu
Empat fasa dalam pembahagian sel
fasa jurang pertama (G₁), sintesis (S), jurang kedua (G₂) dan mitosis.
Fasa G1
•Sel membesar.
• Organel seperti mitokondrion dan jalinan endoplasma disintesis untuk proses sintesis
protein.
• Nukleus kelinatan besar.
• Kromosom berada
dalam bentuk kromatin.
Fasa S
• Sintesis DNA berlaku
di mana DNA menjalani replikasi.
• Setiap kromosom mengganda meniadi dua kromatid seiras yang dipanggil kromatid
kembar.
• Kromatid kembar ini berpaut pada sentromer yang sama.
Fasa G2
• Sel terus membesar.
• Sel kekal aktif secara
metabolik.
• Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir
untuk memasuki
proses pembahagian sel
Mitosis
Mitosis merupakan proses di mana satu sel tunggal berbahagi menjadi dua sel anak perempuan yang sama. Sel-sel anak ini mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama seperti sel induk.
Mitosis boleh dibahagikan kepada 4 fasa:
Profasa
Metafasa
Anafasa
Telofasa
Profasa MITOSIS
Semasa profasa, kromatin memendek dan menebal untuk membentuk struktur kromosom. Setiap kromosom terdiri daripada dua kromatid kembar yang terikat di sentromer. Pada akhir profasa, nukleolus menghilang dan membran nukleus menghancur.
Metafasa MITOSIS
Profasa diikuti oleh metafasa. Sentriol bergerak ke kutub sel yang bertentangan. Gentian gelendong terbentuk sepenuhnya. Semua kromosom tersusun dalam satu barisan di satah khatulistiwa. Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi.