KOMSAS: Cerpen Hipertensi (T5) Flashcards
(6 cards)
Contoh tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya:
Ibu bapa Aiman menghantar Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya
Contoh kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara:
Aiman mampu menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di sekolah rendah
Contoh rasional dalam membuat sebarang keputusan:
Guru Aiman mengambil tindakan tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan perbuatan Aiman kepada ibu bapanya
Contoh sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya:
Cikgu faridah mengajar matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh
Contoh impian dan angan-angan yang tidak kesampaian:
Impian Aiman untuk menjadi seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah imaginasinya sahaja
Contoh perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau:
Aiman menyimpan rasa dendam kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka mengganggu murid lain serta suka berimaginasi