Bm Klasik > Bm Standard Flashcards

(6 cards)

1
Q

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.

A

Maka, Kertala Sari pun masuk ke dalam. Kertala Sari melihat banyak orang yang berkawal dengan pelbagai jenis senjata. Seterusnya, Kertala Sari membaca jampi dan berjalan di tengah2 orang yang sedang berkawal itu. Kemudian, dia masuk ke rumah orang kaya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana itu. Maka ia pun fikir di dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

A

Ketika itu, Kertala Sari memandang Laksamana. Di dalam hatinya, dia berkata bahawa sememangnya benarlah hulubalang di hadapannya ialah Laksamana yang disebut2. Bagi Kertala Sari, melihat kepada gaya Laksamana, memang wajar ayahnya tewas kepada Laksamana kerana Laksamana memang seorang yang sangat berilmu dan berpengalaman.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama2 itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana: maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu.

A

Setelah mendapat tahu, Kertala Sari telah menyemar di hadapan Patih Kerma Wijaya. Pada waktu itu, Kertala Sari masuk seorang diri dan mengikut Patih Kerma Wijayah dan berjumpa dengan orang Jawa. Oleh itu, Kertala Sari memanggil semua panglima perang saling berhadapan, dia melihat satu persatu. Maka, Kertala Sari memandang Laksamana lalu berfikir di dalam hatinya bahawa dialah ketua panglima perang Ratu Melaka yang bernama Laksamana.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain2 segenap kampung orang kaya2 dan saudagar, Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya.

A

Kertala Sari menyamar sebagai sebahagian daripada masyarakat Jawa. Kemudian, Kertala Sari bergaul dengan orang kaya dan saudagar. Kertala Sari juga menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q
A
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q
A
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly