Mod 1 - Unit 18 - Lesson 10 Dialogue 2 Operasi Flashcards
(18 cards)
Selamat petang, Kapten Mardziah. Apa khabar?
Good afternoon, Capt Mardziah. How are you?
Selamat petang, saya baik, terima kasih. Leftenan apa khabar?
Good afternoon LT Grant. I’m fine, thanks. How about you?
Saya pun baik juga, terima kasih. Boleh kita berbual-bual sedikit tentang kehidupan tentera?
I’m also fine, thanks. Can we have a chat about your military life?
Boleh. Apa yang Leftenan ingin tahu?
Certainly. What do you want to know?
Sudah berapa lama Puan berkhidmat dengan Tentera Darat?
How long have you been in the Army?
Kira-kira lapan tahun. Bagaimana dengan Leftenan?
About 8 years now. What about you?
Saya sudah lebih daripada enam tahun berkhidmat dalam Tentera Laut. Apa kepakaran Puan?
I’ve been in the Navy for more than 6 years. What is your speciality?
Saya dari Unit Jurutera.
I’m from the Engineering Unit.
Puan pernah bertugas dalam operasi di luar negara?
Have you been in operations overseas?
Ya, saya pernah. Unit saya dihantar ke Afghanistan, Sudan dan Timur Tengah untuk membersihkan periuk api.
Yes. My unit was posted to Afghanistan, Sudan and the Middle East for mine clearing.
Tugas Puan itu sebahagian daripada misi pengamanan PBB?
Did you work as part of the UN’s peacekeeping missions?
Betul. Selain itu, saya pernah terlibat dalam latihan-latihan tentera antarabangsa. Bagaimana dengan Leftenan?
That’s right. Besides that, I have also been involved in multi-national military exercises. What about you?
Saya jurubahasa taktikal tempur. Setakat ini, saya pernah terlibat dalam kedua-dua misi ketenteraan dan bantuan kemanusiaan.
I’m a combat tactical linguist. Up to now, I’ve been involved in both military and humanitarian assistance missions.
Leftenan terlibat dalam operasi baru-baru ini?
Have you been involved in operations recently?
Ya. Kapal peronda kami terlibat dalam Operasi Geledah di Laut Timor untuk menyelamatkan pendatang tanpa izin dari bot-bot yang mengalami kerosakan.
Yes. Our patrol vessel has been involved in boarding operations in the Timor Sea to rescue illegal immigrants from unseaworthy vessels.
Bagus. Selain misi ketenteraan, saya juga pernah terlibat dalam operasi menyelamat dan memberi bantuan serta bantuan kemanusiaan.
That’s good. Besides our military missions, I have also been involved a lot with rescue and relief operations and humanitarian assistance.
Seronok dapat berbual-bual dengan Puan. Saya harap kita boleh berkongsi pengalaman lagi dalam masa terdekat.
It’s been interesting talking to you. I hope we’ll talk again soon.
Sudah tentu. Kita jumpa lagi.
Certainly. See you soon.