3. Defence Operations - Lesson 2 - Text 2 Flashcards
(8 cards)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan bersepadu menggabungkan pasukan dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Siri 1/24.
The Royal Malaysian Air Force (RMAF) has carried out an integrated exercise combining forces from the Malaysian Army (TDM) and the Royal Malaysian Navy (RMN) in the Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) Series 1/24 exercise.
Latihan ini telah dikoordinasi dengan jayanya oleh Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) melibatkan beberapa kawasan operasi latihan di sekitar Kuantan, Gong Kedak, dan Terendak.
This exercise has been successfully coordinated by Air Regional Headquarters 1 (MAWILUD 1) involving several training operational areas around Kuantan, Gong Kedak, and Terendak.
Kesemua latihan yang dilaksanakan adalah untuk menguji dan menentukan tahap kecekapan semua elemen yang terlibat
All the exercises carried out are to test and determine the level of efficiency of all the elements involved
Dan seterusnya untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan anak kapal dan pasukan khas ATM (Darat Laut dan Udara).
And further to improve the capability and effectiveness of ATM crew and special forces (Land, Sea and Air).
Latihan ini juga menguji keberkesanan peralatan yang sedia ada dan terkini agar dapat disesuaikan dengan operasi semasa serta mengemaskini prosedur sedia ada.
This exercise also tests the effectiveness of existing and up-to-date equipment so that it can be adapted to current operations and update existing procedures.
Latihan yang dilaksanakan bermula pada 27 Feb hingga 7 Mac 24 ini telah berjaya membuktikan
The training which was carried out starting on 27 February to 7 March 24 has successfully proven
aset-aset pertahanan udara milik TUDM terutamanya pesawat angkut (C130H, A400M dan CN235) dan helikopter (EC725AP dan AW139) sentiasa dalam siap siaga
air defense assets belonging to the RMAF, especially transport aircraft (C130H, A400M and CN235) and helicopters (EC725AP and AW139) are always on standby
Latihan ini juga membuktikan kemampuan kerjasama antara cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu TDM dan TLDM serta elemen pasukan khas dari Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Elit 10 Briged (Para) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU).
This exercise also proved the ability of cooperation between the service branches in the ATM, namely TDM and TLDM as well as special forces elements from the Special Operations Group (GGK), the 10th Brigade Elite Team (Para) and the RMAF Special Forces (PASKAU).