3. Defence Operations - Lesson 25 Dialogue 3 Flashcards
(18 cards)
Di Malaysia ada jabatan bantuan kemanusiaan macam Australian Aid (AusAID)?
Is there a humanitarian aid department like Australian Aid (AusAID) in Malaysia?
Oh, kami tak ada jabatan bantuan macam tu tapi Malaysia beri bantuan kemanusiaan kepada negara-negara dilanda bencana atau kesusahan.
Oh, we don’t have a department like that but Malaysia does provide humanitarian aid to countries stricken by disasters or hardships.
Boleh bagi contoh?
Can you give an example?
Boleh. Pada September 2018, Malaysia binakan Perkampungan Ummah untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tsunami di Sulawesi Tengah.
Yes. Malaysia provided humanitarian aid to tsunami victims in Central Sulawesi by building the Ummah Settlement in September 2018.
Adakah ATM terlibat?
Was MAF involved?
Ya, melalui perkhidmatan pesawat A400M dan C130H Misi Kemanusiaan.
Yes, through the services provided by the A400M and C130H aircraft.
Bagaimana dengan gempa bumi di Lombok Utara pada Ogos 2018? Ada bantuan dari Malaysia?
What about the earthquake in North Lombok in August 2018? Any assistance from Malaysia?
Ya, melalui Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Malaysia juga beri bantuan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Yes, through the Global Peace Mission (GPM) Malaysia. Malaysia also assists the Rohingya refugees in Bangladesh.
Apa bantuan yang diberikan?
What help did Malaysia provide?
Kerajaan Malaysia beri bantuan makanan dan keperluan asas. ATM pun turut bantu pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh dengan ambil alih operasi Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox’s Bazar, Bangladesh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Feb 2018.
The Malaysian government provided food and basic necessities. The MAF was also involved in humanitarian assistance to Rohingya refugees who are taking refuge in Bangladesh where the MAF took over the operation of Malaysian Field Hospital (HMM) in Cox’s Bazar, Bangladesh from the Ministry of Health (MOH) in Feb 2018.
Berapa ramai anggota ATM terlibat?
How many MAF personnel were involved?
Dalam Tim Operasi Starlight-1, ada 58 pegawai, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan.
In the Starlight-1 Operations Team, a total of 58 officers, other ranks and civil servants from the Ministry of Defence were involved.
Saya dengar Kerajaan Malaysia hulur bantuan wang sebanyak RM 1 juta kepada Lebanon pada tahun 2020, betul?
I heard that the Malaysian Government will provide financial assistance of RM 1 million to Lebanon in 2020, right?
Betul. Kerajaan Malaysia turut bersimpati dan hulur bantuan kepada Lebanon selepas kemusnahan besar tragedi letupan di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos 2020. Wang RM 1 juta itu disalurkan melalui Pertubuhan Palang Merah Lebanon (LRC).
That’s right. The Malaysian government also sympathized and extended assistance to Lebanon which was affected by the explosion in the Port of Beirut which caused great destruction on August 4, 2020. RM 1 million was channeled through the Lebanese Red Cross (LRC).
Ada bantuan kemanusiaan lain?
Any other humanitarian aid?
Ya, Malaysia turut terlibat bantu mangsa-mangsa banjir besar di Laos. Misi menghantar bantuan makanan dan keperluan asas dengan pesawat TUDM A400M.
Yes, Malaysia was also involved in helping the victims of the massive floods in Laos. The mission to deliver food aid and basic necessities was done using the Royal Malaysian Air Force (RMAF) A400M aircraft.
Keprihatinan Malaysia pada mereka yang memerlukan bantuan memang mulia sekali. Terima kasih banyak berkongsi maklumat dengan saya.
Malaysia’s concern for those who need help is indeed very noble. Thank you very much for sharing the information.
Sama-sama. Terima kasih atas minat tuan.
No worries. Thank you for your interest.