Penambahbaikan Proses Pengurusan Pengaduan Awam Flashcards
(7 cards)
Nyatakan peruntukan berkaitan Penambahbaikan Proses Pengurusan Pengaduan Awam
PKPA Bilangan 1 Tahun 2009
Senaraikan ahli jawatankuasa tetap Pengaduan Awam
A. Ketua Setiausaha Negara (Pengerusi) B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam C. Ketua Setiausaha Perbendaharaan D. Ketua Pesuruhjaya, SPRM E. TKSU (K), JPM F. Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Huraikan bidangkuasa jawatankuasa tetap pengaduan awam
A. Menentukan dasar-dasar mengenai sistem pengurusan pengaduan awam.
B. Menimbangkan dan membuat keputusan mengenai laporan/kes yang dikemukan oleh BPA/Awam.
C. Mengarahkan agensi berkenaan supaya mengambil tindakan pembetulan dalam menyelesaikan aduan kes yang dirujuk.
Huraikan fungsi dan tanggungjawab biro pengaduan awam
A. Menerima aduan awam mengenai ketidakpuasan terhadap sebarang tindakan pentadbiran kerajaan yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang atau paraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.
B. Menyiasat pengaduan yang dianggap mempunyai asas.
C. Melapor dan memperakukan kes-kes tertentu pengaduan awam kepada jawatankuasa tetap awam, pihak berkuasa tertentu dan jabatan/agensi kerajaan.
D. Menyampaikan keputusan-keputusan jawatankuasa tetap pengaduan awam kepada jabatan/agensi kerajaan yang berkenaan untuk tindakan pembetulan.
E. Mengesan dan mengawasi tentang tindakan pembetulan yang diambil oleh jabatan/agensi kerajaan dan seterusnya memberi maklumbalas kepada jawatankuasa tetap pengaduan awam.
Berikan takrif pengaduan awam
Pengaduan orang ramai mengenai ketidakpuasan terhadap pentadbiran kerajaan termasuk agensi yang diswastakan dan institusi berbentuk monopoli dan membekalkan keperluan awam. Ia meliputi kesalahan dirasai tidak adil, tidak patuh undang-undang, termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya. Pengaduan meliputi semua kecuali perkara yang berada dibawah bidang kuasa SPRM, Biro bantuan guaman, jawatankuasa khas kabinet dan pengurusan kerajaan.
Nyatakan jenis-jenis aduan yang tidak boleh diterima oleh BPA
A. Perkara-perkara dibawah bidang kuasa PAC, SPRM, BBG.
B. Perkara berkenaan dasar kerajaan yang telah ditetapkan.
C. Masalah keluarga/peribadi.
D. Tuntutan berbentuk sivil antara individu-syarikat.
Huraikan cara-cara pengendalian pengaduan awam dilaksanakan
A. Keluarkan surat akuan terima dalam tempoh satu hari bekerja setelah menerima surat aduan.
B. salinkan surat menyurat, emel mengenai aduan kepada agensi dan pihak pengadu.
C. Adakan mesyuarat bersama agensi dan pengadu jika difikirkan perlu.
D. Beri maklumbalas yang diterima kepada pengadu, dalam tempoh yang ditetapkan.
E. Bentang kes-kes tertentu untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam
F. Pastikan agensi berkenaan mengambil tindakan pembetulan yang perlu mengikut tempoh yang ditetapkan.
G. Simpan rekod mengenai semua aduan seperti tarikh diterima, tarikh surat akuan dikeluarkan, kedudukan terkini mengenai aduan, keputusan jawatankuasa dan tindakan susulan.