BAB 1 T4 Flashcards

(54 cards)

1
Q

Apakah maksud perniagaan?

A

Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Nyatakan enam konsep asas perniagaan.

A
  1. Barang dan perkhidmatan 2. Penjual dan pembeli 3. Pertukaran nilai 4. Kontrak perniagaan 5. Keuntungan perniagaan 6. Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Apakah perbezaan antara barang dan perkhidmatan?

A

Barang: Sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal. Perkhidmatan: Aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Terangkan maksud pertukaran nilai dalam perniagaan.

A

Aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Apakah formula untuk mengira keuntungan perniagaan?

A

Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Jelaskan perbezaan antara keperluan dan kehendak.

A

Keperluan: Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan. Kehendak: Keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Nyatakan dua jenis utama organisasi dalam perniagaan.

A
  1. Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) 2. Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Bandingkan ciri-ciri OBU dan OBBU.

A

OBU: Terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan, menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan dan diminta oleh pengguna. Contoh: JAKEL, MYDIN, Kedai Runcit, restoran. OBBU: Memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang, menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Contoh: MERCY MALAYSIA, UNICEF, Rumah anak yatim

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Senaraikan kepentingan keuntungan kepada perniagaan.

A
  1. Untuk mengukur tahap prestasi perniagaan 2. Menentukan hala tuju sesebuah perniagaan 3. Mengembangkan dan memastikan kelangsungan perniagaan 4. Melambangkan imej perniagaan 5. Menjalankan tanggungjawab sosial (menyumbang kepada masyarakat)
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Nyatakan tiga kaedah perniagaan OBBU.

A
  1. Secara percuma 2. Jualan pada harga kos 3. Jualan pada harga di bawah kos
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Nyatakan enam bentuk pemilikan perniagaan.

A
  1. Milikan tunggal 2. Perkongsian 3. Koperasi 4. Syarikat 5. Francais 6. Usahasama
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Apakah definisi milikan tunggal?

A

Sejenis aktiviti perniagaan yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu sahaja.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Nyatakan kelebihan dan kekurangan milikan tunggal.

A

Kelebihan: Mudah ditubuhkan, mudah diurus kerana saiz kecil, bebas menguruskan perniagaan, beban cukai rendah. Kekurangan: Diuruskan secara berseorangan, beban kerja ditanggung seorang, sukar berkembang kerana modal kecil, menanggung liabiliti tidak terhad.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

Apakah definisi perkongsian?

A

Kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan, tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Apakah kandungan perjanjian perkongsian?

A

Nama firma dan semua rakan kongsi, hak dan tanggungjawab, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan atau kerugian, cara menjalankan dan menamatkan perkongsian.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Nyatakan tiga jenis perkongsian.

A
  1. Perkongsian biasa 2. Perkongsian Berhad 3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
17
Q

Apakah ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?

A
  1. Entiti berasingan 2. Liabiliti terhad 3. Hayat berterusan
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
18
Q

Nyatakan jenis-jenis rakan kongsi dan liabiliti mereka.

A

Rakan kongsi berhad: liabiliti terhad, tiada kuasa pengurusan. Rakan kongsi lelap: liabiliti tidak terhad, tidak aktif dalam pengurusan. Rakan kongsi biasa: liabiliti tidak terhad, berhak menguruskan perniagaan. Rakan kongsi aktif: liabiliti tidak terhad, aktif dalam pengurusan, dibayar gaji bulanan. Rakan kongsi nominal: liabiliti tidak terhad, nama digunakan sebagai rakan kongsi, tidak mengeluarkan modal.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
19
Q

Apakah definisi syarikat berhad?

A

Ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
20
Q

Siapakah ahli lembaga pengarah dan apakah peranan mereka?

A

Pihak yang menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan berkaitan perniagaan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
21
Q

Nyatakan tiga hak pemegang saham.

A
  1. Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan 2. Mengundi untuk meluluskan/menolak cadangan yang dibawa ahli Lembaga pengarah 3. Mengundi untuk melantik ahli Lembaga pengarah
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
22
Q

Nyatakan jenis-jenis syarikat berhad.

A
  1. Syarikat Sendirian Berhad (XYZ Sdn Bhd) 2. Syarikat Awam Berhad (XYZ Berhad)
23
Q

Apakah ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad?

A

Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965, bilangan ahli 2 – 50 orang, saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia, pindah milik saham hanya boleh dilakukan dengan kebenaran ahli lembaga pengarah, liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan.

24
Q

Apakah ciri-ciri Syarikat Awam Berhad?

A
  1. Bilangan ahli dibenarkan: 2 orang - tiada had maksimum 2. Saham boleh diurusniaga di Bursa Malaysia 3. Pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan kawalan atas syarikat jika terdapat pembelian saham dalam kuantiti yang besar
25
Bandingkan Syarikat Sendirian Berhad dengan Syarikat Awam Berhad.
Syarikat Sendirian Berhad: Bilangan Ahli (2 – 50 orang), Laporan kewangan (Tidak perlu diumumkan), Urusniaga saham (Tidak boleh diurusniaga di Bursa Malaysia). Syarikat Awam Berhad: Bilangan Ahli (2 – tiada had), Laporan kewangan (Perlu diumumkan kepada orang awam), Urusniaga saham (Boleh diurusniaga di Bursa Malaysia).
26
Apakah definisi koperasi?
Sebuah organisasi perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela dengan matlamat untuk melindungi kepentingan anggota.
27
Nyatakan ciri-ciri koperasi.
Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk memenuhi keperluan anggotanya, aktiviti tidak berunsurkan politik, aktiviti koperasi diuruskan berdasarkan akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi, modal perniagaan disumbangkan oleh anggota, setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan, liabiliti terhad setakat sumbangan modal/yuran.
28
Nyatakan tujuh prinsip koperasi.
2. Keanggotaan sukarela dan terbuka 2. Kawalan secara demokratik 3. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi 4. Kebebasan autonomi 5. Pendidikan, latihan dan maklumat 6. Bekerjasama antara koperasi 7. Prihatin terhadap komuniti
29
Apakah hak anggota koperasi?
2. Hak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2. Terlibat dalam membuat keputusan 3. Menerima pulangan dalam bentuk dividen
30
Apakah definisi francais?
Hubungan antara dua pihak dari segi perjanjian urus niaga antara francaisor dengan francaisi.
31
Nyatakan ciri-ciri umum francais mengikut Akta Francais 1998.
Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan francaisor, perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian, francaisi berhak menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor, francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi, francaisor bertanggungjawab memberi bantuan kepada francaisi, francaisi akan membuat suatu bayaran dalam bentuk fi atau balasan lain yang dipersetujui kepada francaisor.
32
Apakah definisi francaisor dan peranannya?
Syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk. Peranan francaisor: Memberi hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaan; menyediakan 'blueprint' sebagai panduan francaisi; menyediakan khidmat latihan kepada francaisi; membiayai kos pengiklanan dan promosi.
33
Apakah definisi francaisi dan peranannya?
Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor. Peranan francaisi: Menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian yang ditetapkan francaisor; membayar fi atau balasan lain kepada francaisor.
34
Apakah definisi usaha sama?
Suatu perkongsian strategik antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu.
35
Nyatakan tujuan usaha sama.
Untuk meningkatkan kedudukan syarikat, perkongsian kepakaran, menambahkan keuntungan perniagaan pemilik.
36
Nyatakan kelebihan usaha sama.
Membantu perniagaan memperluas asas perniagaan, dapat meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja, meningkatkan pengeluaran, mendapat teknologi baru dan terkini, harta individu dan aset perniagaan asal dikekalkan, risiko dikongsi bersama.
37
Nyatakan dua jenis klasifikasi perniagaan dan kandunganya
2. Berdasarkan saiz (Kecil, Sederhana, Besar) 2. Berdasarkan sektor (Utama, Kedua, Ketiga)
38
Apakah faktor penentu saiz perniagaan?
Jumlah jualan tahunan, bilangan pekerja tetap.
39
Nyatakan klasifikasi perniagaan pengilangan mengikut saiz.
Kecil: Jualan tahunan (RM) 300,000 – 15 juta, Bil. Pekerja (orang) 5 – 75. Sederhana: Jualan tahunan (RM) 15 juta – 50 juta, Bil. Pekerja (orang) 75 - 200. Besar: Jualan tahunan (RM) 50 juta ke atas, Bil. Pekerja (orang) 200 ke atas.
40
Nyatakan klasifikasi perniagaan perkhidmatan mengikut saiz.
Kecil: Jualan tahunan (RM) 300,000 – 3 juta, Bil. Pekerja (orang) 5 – 30. Sederhana: Jualan tahunan (RM) 3 juta – 20 juta, Bil. Pekerja (orang) 30 – 75. Besar: Jualan tahunan (RM) 20 juta ke atas, Bil. Pekerja (orang) 75 ke atas.
41
Nyatakan cabaran perniagaan bersaiz kecil.
Masalah aliran tunai, bebanan kerja, mengekalkan pelanggan lama dan mendapatkan pelanggan baharu, memotivasikan pekerja, kos overhed yang tinggi.
42
Nyatakan cabaran perniagaan bersaiz sederhana.
Meningkatkan hasil, pengambilan pekerja, undang-undang dan peraturan kerajaan.
43
Nyatakan cabaran perniagaan bersaiz besar.
Ketidakpastian pasaran, pengambilan pekerja, meningkatkan keuntungan tahunan, perundangan peraturan kerajaan.
44
Apakah definisi sektor utama (primer)?
Semua aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi dengan mengeluarkan bahan mentah atau alam semula jadi dari bumi atau laut. Contoh: Perlombongan, Pertanian, Pembalakan, Perikanan.
45
Apakah definisi sektor kedua (sekunder)?
Pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap. Contoh: Pembuatan dan pengilangan, Kejuruteraan, Pembekalan tenaga (elektrik dll), Pembinaan.
46
Apakah definisi sektor ketiga (tertier)?
Aktiviti membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. Contoh: Perkhidmatan awam, perkhidmatan swasta, perkhidmatan sukarela/kebajikan.
47
Nyatakan kategori skala perniagaan.
Pasaran Domestik (Skala Tempatan, Skala Negeri, Skala Kebangsaan), Pasaran Antarabangsa (Skala Zon, Skala Global).
48
Apakah definisi dan ciri perniagaan skala tempatan?
Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja, saiz pasaran kecil. Contoh: Membuka gerai di Serdang.
49
Apakah definisi dan ciri perniagaan skala negeri?
Menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri, kos operasi agak tinggi, kebanyakan terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Contoh: Membuka kedai di Serdang, Shah Alam dan Bangi (dalam negeri Selangor).
50
Apakah definisi dan ciri perniagaan skala kebangsaan?
Meliputi pasaran di seluruh negara, menikmati ekonomi bidangan. Contoh: Membuka kedai/cawangan di negeri Selangor, Perak & Melaka (Seluruh Malaysia).
51
Apakah definisi pasaran antarabangsa?
Melibatkan beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain. Melibatkan aktiviti import, eksport dan entreport.
52
Apakah ciri perniagaan skala zon?
Peniaga memberi fokus kepada pasaran di kawasan tertentu. Contoh: Memasarkan produk di Malaysia, Thailand, Indonesia (Pasaran Benua Asia).
53
Apakah ciri perniagaan skala global?
Pasaran merentasi sempadan, mudah ditembusi dengan wujudnya internet, menggunakan pelbagai aplikasi seperti laman web dan emel. Contoh: Air Asia, Petronas, Tabung Haji, Mcdonalds (pasaran di seluruh dunia).
54
Terangkan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia.
Selepas Merdeka: Menjalankan aktiviti berasaskan pertanian. 1990an: Kerajaan galakkan rakyat ceburi sektor kedua untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. Menjelang Abad ke-21: Sektor ketiga semakin meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi negara dan matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju.