BAB 4 T4 Flashcards
(51 cards)
Apakah yang dimaksudkan dengan Bahagian Fungsian?
Bahagian Fungsian ialah rantaian dalam sebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab dan fungsi secara khusus.
Nyatakan tujuan bahagian fungsian dalam sesebuah organisasi.
- Pengkhususan kerja
- Dapat meningkatkan kemahiran (melakukan kerja yang sama dalam satu jabatan)
- Mudah melatih pekerja baru
- Dapat mengurangkan kos dan masalah pengurusan (wujud sistem perkongsian sumber)
Apakah yang dimaksudkan dengan Struktur Organisasi?
Struktur Organisasi ialah susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian yang terdapat dalam organisasi untuk mencapai VMO yang ditetapkan.
Apakah tujuan struktur organisasi?
Tujuan struktur organisasi adalah supaya setiap anggota mengetahui dengan jelas tentang tanggungjawab, kedudukan dan spesifikasi tugas.
Apakah itu Carta Organisasi?
Carta Organisasi ialah struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hierarki.
Nyatakan aspek penting yang terdapat dalam carta organisasi.
- Pembahagian kerja
- Hubungan antara ketua dengan pekerja
- Jenis tugas
- Hierarki pengurusan
Senaraikan bahagian-bahagian fungsian yang terdapat dalam perniagaan.
- Bahagian Fungsian Pentadbiran
- Bahagian Fungsian Sumber Manusia
- Bahagian Fungsian Kewangan
- Bahagian Fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Bahagian Fungsian Pembelian
- Bahagian Fungsian Pengeluaran
- Bahagian Fungsian Pemasaran
- Bahagian Fungsian Pengagihan
- Bahagian Fungsian Jualan
- Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan
Nyatakan tujuan Bahagian Fungsian Pentadbiran.
Untuk menjalankan proses sokongan supaya semua aktiviti perniagaan berjalan lancar.
Apakah peranan Bahagian Fungsian Pentadbiran?
- Menjalankan urusan dalaman organisasi perniagaan seperti mengurus, menyimpan dan menerima rekod
- Menyediakan dokumen syarikat
- Menguruskan program. Contoh: mesyuarat
Senaraikan tujuan Bahagian Fungsian Pengurusan Sumber Manusia.
- Membantu perniagaan berjalan lancar melalui pekerja yang berpengalaman
- Membangunkan sumber manusia agar perniagaan dapat berdaya saing
- Meningkatkan kemahiran pekerja
- Memastikan pekerja kekal dalam organisasi
- Sistem pembayaran upah yang kompetitif dan menarik
Apakah peranan Bahagian Fungsian Pengurusan Sumber Manusia?
- Perancangan sumber manusia
- Latihan dan pembangunan
- Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
- Perhubungan industri
Senaraikan tujuan Bahagian Fungsian Kewangan.
- Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan dan dibelanjakan dengan cekap
- Meningkatkan produktiviti dan keuntungan perniagaan
- Memastikan sumber kewangan syarikat mencukupi untuk menjalankan operasi
Apakah peranan Bahagian Fungsian Kewangan?
- Membuat perancangan kewangan
- Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan
- Mengawal kewangan setiap bahagian
Nyatakan tujuan Bahagian Fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Operasi perniagaan lebih efektif dan efisien
- Memudahkan komunikasi dalaman (intranet) dan luaran (internet)
- Menyimpan maklumat dan data perniagaan
- Mempercepat urus niaga
Senaraikan peranan Bahagian Fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem
- Memastikan hanya pengguna dibenarkan sahaja boleh mengakses sistem
- Memastikan adanya sistem simpanan yang penuh untuk menyimpan data kritikal (kecemasan)
- Membantu dan menolong pekerja menyelesaikan masalah berkaitan dengan perisian baharu
- Mengesyorkan sistem atau perisian terkini
- Membantu pengguna berhadapan dengan masalah komputer
Apakah tujuan Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan?
- Meningkatkan tahap pengeluaran dan pemasaran produk
- Menghasilkan produk yang berkualiti dengan kos efektif
Nyatakan peranan Bahagian Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan.
- Merancang aktiviti pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk sedia ada
- Merancang bagi menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Apakah tujuan Bahagian Fungsian Pembelian?
Mengawal pembelian kuantiti bahan mentah.
Senaraikan peranan Bahagian Fungsian Pembelian.
- Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli dengan tepat
- Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap
- Memastikan barang diterima tepat pada masa dan lokasi yang ditentukan
Nyatakan tujuan Bahagian Fungsian Pengeluaran.
- Memastikan setiap aktiviti pengeluaran yang baik, cekap dan sistematik
- Mengurangkan kos
- Memaksimumkan keuntungan
Apakah peranan Bahagian Fungsian Pengeluaran?
- Menghasilkan barang dan perkhidmatan
- Memenuhi keperluan dan kehendak
- Menukarkan input kepada output
Nyatakan tiga jenis kawalan dalam Bahagian Fungsian Pengeluaran.
- Kawalan Awalan: Memastikan bahan mentah dalam keadaan baik dan berkualiti
- Kawalan Semasa: Kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf
- Kawalan Selepas: Pemeriksaan kualiti terakhir bagi memastikan produk dihasilkan berada pada standard yang betul
Apakah tujuan Bahagian Fungsian Pemasaran?
- Sasaran Pasaran
- Campuran Pemasaran
Nyatakan peranan Bahagian Fungsian Pemasaran.
- Mengemaskinikan dan mempromosikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran
- Menghasil dan mengedar bahan publisiti
- Mendapatkan dan mengemaskini profil pelanggan sedia ada (sasaran pasaran)
- Mempromosi barang/perkhidmatan melalui pelbagai cara pengiklanan dan kaedah promosi