BAB 2 T5 Flashcards
(25 cards)
Apakah kepentingan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi yang cekap dalam perniagaan?
Mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan.
Apakah definisi sumber fizikal?
Aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya.
Berikan contoh sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi perniagaan.
Bahan mentah, produk siap, prasarana perkilangan, pejabat pentadbiran, perabot, komputer, dan kenderaan.
Apakah tujuan mengurus sumber fizikal?
Memastikan semua jenis sumber fizikal dalam keadaan selamat, berfungsi dan boleh digunakan bagi memudahkan urusan penghasilan produk atau perkhidmatan.
Senaraikan contoh-contoh sumber fizikal.
Bangunan dan kemudahan, bahan mentah, kilang dan mesin, stok, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, produk siap.
Apakah kepentingan penyelenggaraan kilang dan mesin?
Memastikan pengeluaran yang efektif bagi perniagaan yang mengeluarkan barang siap.
Mengapakah stok perlu diperiksa secara berkala?
Memastikan stok sentiasa sedia ada apabila dikehendaki.
Apakah yang perlu dilakukan supaya tidak berlaku kerosakan pada bahan mentah sebelum diproses?
Bahan mentah perlu diurus dengan teliti.
Apakah yang perlu dipastikan dalam pengurusan produk siap?
Kualiti produk berada dalam keadaan yang baik.
Apakah prosedur pengurusan sumber fizikal perniagaan yang utama?
Perlindungan insurans dan keselamatan, serta penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang.
Mengapakah insurans penting kepada usahawan?
Melindungi perniagaan daripada risiko seperti kebakaran, kecurian dan penghantaran barang tertangguh.
Nyatakan jenis insurans yang boleh diambil untuk melindungi sumber fizikal.
Insurans kebakaran, insurans kecurian, penghantaran barang tertangguh dan kehilangan atau kerosakan barangan.
Apakah kepentingan penyelenggaraan secara berkala terhadap sumber fizikal?
Memastikan kelancaran produktiviti perniagaan.
Apakah tujuan mengurus sumber teknologi dalam operasi perniagaan?
Membantu pemilik perniagaan membuat keputusan yang tepat.
Berikan jenis sumber teknologi yang biasa wujud dalam organisasi perniagaan.
Harta intelek, lesen perisian dan kemahiran serta pengalaman pekerja.
Bagaimanakah sumber teknologi boleh dilindungi?
Dengan cara mendaftar paten dan hak cipta terpelihara.
Apakah tujuan mengurus harta intelek?
Menjaga perniagaan daripada ancaman cetak rompak, barangan tiruan, penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran, dan sebagainya.
Apakah akibat penggunaan perisian tanpa lesen?
Merupakan satu jenayah perdagangan.
Apakah kepentingan kemahiran dan pengalaman pekerja dalam perniagaan?
Supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin dan dapat mengelakkan pembaziran tenaga kerja.
Apakah yang biasanya dilakukan oleh organisasi perniagaan dalam mengurus sumber teknologi?
Melalui pengurusan paten dan pengurusan hak cipta terpelihara.
Apakah paten?
Hak eksklusif untuk suatu reka cipta, sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
Mengapakah pendaftaran paten penting kepada sesebuah syarikat?
Kerana hak cipta mereka akan dilindungi undang-undang.
Apakah hak cipta?
Hak eksklusif kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka untuk tempoh masa tertentu.
Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?
Untuk melindungi hasil ciptaan supaya tidak salah guna untuk kepentingan pihak lain.