BAB 1 T5 Flashcards
(56 cards)
Apakah fokus pengurusan sumber manusia?
Keperluan tenaga kerja dan pengurusan dalam pembahagian kerja.
Apakah definisi Pengurusan Sumber Manusia?
Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.
Nyatakan tiga kepentingan Pengurusan Sumber Manusia.
Sumber manusia sentiasa mencukupi, diberikan latihan yang cukup dan terkini, dan diagihkan secara berkesan.
Apakah peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?
Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal keperluan sumber manusia dalam perniagaan.
Bagaimanakah deskripsi tugas yang jelas membantu pekerja?
Memastikan pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
Apakah kepentingan mewujudkan semangat berpasukan?
Setiap pekerja akan berusaha untuk mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) pasukan.
Bagaimanakah prestasi pasukan mempengaruhi perniagaan?
Mempengaruhi produktiviti, kuantiti dan kualiti pengeluaran.
Mengapakah latihan dan pembangunan penting untuk pekerja?
Melengkapkan diri pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus.
Bagaimanakah persekitaran kerja yang kondusif memberi impak kepada pekerja?
Meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas dan tekanan kerja.
Apakah contoh konsep pengurusan Jepun yang boleh diamalkan?
Total Quality Management (TQM), Kaizen, 5S, Zero Defect.
Apakah kepentingan menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pekerja?
Memantapkan pencapaian organisasi melalui tambah baik, hasil produk dan perkhidmatan.
Apakah fungsi ganjaran kepada pekerja?
Meningkatkan pencapaian prestasi perniagaan, meningkatkan motivasi dan kesetiaan pekerja.
Apakah contoh jenis penamatan kontrak perkhidmatan?
Persaraan, penamatan perkhidmatan secara sukarela, penamatan perkhidmatan secara tindakan disiplin, dan pemecatan.
Mengapakah perniagaan memerlukan sistem pemberhentian kerja yang sistematik?
Supaya tidak ada pembaziran sumber manusia dan mewujudkan suasana harmoni.
Apakah ciri-ciri perniagaan yang mampan?
Perniagaan yang memiliki kekuatan tersendiri dalam aspek penciptaan nilai dan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kewangan yang meningkat secara berterusan.
Apakah faedah program mentor menti dan pembelajaran kendiri?
Menggalakkan perkongsian pengetahuan profesional, kemahiran teknikal dan pengalaman.
Apakah kepentingan pelan penambahbaikan prestasi pekerja?
Dilaksanakan menerusi pelbagai ganjaran dan insentif yang menarik kepada pekerja yang cemerlang.
Bagaimanakah perancangan pengelolaan sumber manusia membantu perniagaan?
Membantu merangka pembentukan strategi yang sesuai untuk memenuhi keperluan sumber manusia yang tepat.
Nyatakan aspek dalam pengelolaan sumber manusia.
Penempatan pekerja dan fasiliti, Standard prosedur operasi tugas, Sistem penggajian, Penghargaan dan hukuman.
Apakah kepentingan Standard Prosedur Operasi (SOP)?
Untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi tertentu.
Apakah kepentingan sistem penggajian yang kompetitif?
Akan meningkatkan motivasi pekerja.
Apakah tujuan hukuman kepada pekerja yang berprestasi rendah?
Sebagai peringatan dan pengajaran supaya pekerja lebih berdisiplin dan dapat meningkatkan prestasi.
Nyatakan jenis kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
Rasuah, pecah amanah, salah guna aset syarikat, tidak beretika, ingkar arahan tanpa sebab kukuh, ponteng kerja.
Apakah kepentingan perhubungan harmoni antara majikan dan pekerja?
Dapat mewujudkan suasana tempat kerja yang sejahtera.