BAB 2 T4 Flashcards
(68 cards)
Apakah peranan Bank Negara Malaysia (BNM)?
Memantau dan mengawal keadaan ekonomi negara, meningkatkan kestabilan kewangan, dan mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara.
Apakah aspek perundangan utama yang dimainkan oleh Kerajaan Pusat?
Penggubalan undang-undang, perlindungan pengguna, dan pelepasan cukai.
Apakah tujuan penggubalan undang-undang perniagaan?
Memastikan setiap perniagaan didaftarkan dan mengawal perjalanan aktiviti perniagaan.
Apakah matlamat undang-undang perlindungan pengguna?
Keselamatan pengguna, kesihatan pengguna, hak mendapat ganti rugi, dan hak mendapat alam sekitar yang bersih.
Apakah jenis-jenis pelepasan cukai yang diberikan untuk menggalakkan perniagaan?
Taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan cukai, pengecualian cukai, dan elaun pelaburan semula.
Apakah agensi pungutan cukai utama di Malaysia?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (cukai barang) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (cukai pendapatan).
Apakah agensi kerajaan yang menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan?
MARA, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, dan TEKUN Nasional.
Apakah aspek perkembangan aktiviti perniagaan yang disokong oleh kerajaan?
Aktiviti promosi, aktiviti latihan dan pembangunan, dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Apakah peranan MATRADE?
Mencari kawasan perdagangan baharu, menemukan pengeksport dengan pengimport, dan mengekalkan perhubungan antara pengimport dan pengeksport.
Apakah tujuan penubuhan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)?
Menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kualiti, mempertingkat pembangunan sumber tenaga manusia, dan menerajui pergerakan produktiviti dan kualiti.
Apakah agensi yang terlibat dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)?
MARDI, SIRIM, MPOB, dan TNB.
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam perniagaan?
Mewujudkan kawasan industri, menarik pelabur, dan menubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
Apakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
Pelaksana dasar pada peringkat akar umbi, mengurus dan mentadbir kawasan, dan menangani isu-isu tempatan.
Apakah dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkukuh ekonomi negara?
Dasar fiskal dan dasar kewangan.
Apakah jenis-jenis pengangguran?
Pengangguran bermusim, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi, dan pengangguran struktur.
Cara mengatasi pengangguran kitaran
menjalankan dasar fiscal dan dasar kewangan untuk menstabilkan ekonom
Cara mengatasi pengangguran struktur
Cara Atasi: Kerajaan membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi
dan perniagaan. Kerajaan perlu peka tentang
cara atasi pengangguran bermuism
Cara atasi: Kerajaan memberi insentif kepada perniagaan untuk membenarkan pekerja terus
bekerja
cara atasi pengangguran teknologi
Cara atasi: penggunaan mesin moden hanya digunakan untuk proses tertentu
Apakah maksud inflasi?
Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Apakah maksud deflasi?
Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.
Apakah yang ditunjukkan oleh trend meningkat dalam perniagaan?
Aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat.
Faktor dalaman dan luaran sewaktu trend meningkat
Faktor dalaman:- Pekerja yang bermotivasi tinggi,
kreatif dan inovatif
- Pengurusan yang cekap dan sistematik Faktor luaran:
- Keadaan ekonomi berkembang pesat
- Situasi politik dan perundangan yang stabil
Faktor dalaman dan luaran sewaktu trend menurun
Faktor dalaman: - Pekerja yang kurang produktif
- Pemasaran kurang berkesan
Faktor luaran:
- Keadaan ekonomi yang lembap
- Situasi politik dan perundangan yang tidak stabil