Mod 2 - Unit 1 - Lesson 10 Text 6 Tanah Runtuh Flashcards
(7 cards)
Tanah runtuh – Terkejut dengar bunyi dentuman kuat
Landslide – Shocked to hear a loud bang
“Saya dengar bunyi dentuman kuat dan seolah-olah bunyi barang diheret.”
“I heard a loud bang and a sound as if things were being dragged.”
“Pada mulanya saya menyangkakan pencuri sebelum mengetahui rupanya berlaku tanah runtuh di tepi rumah saya.”
“Initially, I thought it was a thief before finding out that apparently a landslide had occurred beside my house.”
Demikian kata Darohaimi Ahmad, 46, iaitu salah seorang penduduk di Kampung Jalan Pohon Celagi, di sini, yang terpaksa berpindah disebabkan berlaku tebing runtuh awal pagi tadi.
So said Darohaimi Ahmad, 46, one of the residents of Kampung Jalan Pohon Celagi, here, who had to move due to a riverbank collapse early this morning.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka sepanjang 21 tahun menyewa di kampung berkenaan akan berhadapan situasi tanah runtuh sebagaimana yang berlaku pagi tadi.
The mother of three children said she did not expect, after 21 years of renting in the village, to face a landslide situation like what happened this morning.
“Memang terkejut dengan bunyi dentuman yang kuat.”
“Indeed, I was shocked by the loud bang.”
“Pada mulanya saya takut mahu keluar kerana menyangkakan pencuri mahu mencuri motor.”
“At first, I was afraid to go out because I thought a thief wanted to steal a motorcycle.”