Mod 2 - Unit 1 - Lesson 9 Text 5 Banjir Flashcards
(7 cards)
Banjir Johor catat 6,000 mangsa, 7 daerah terjejas
Johor flood records 6,000 victims, 7 districts affected
JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 5,818 mangsa membabitkan 1,540 keluarga dengan 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah, setakat jam 7.30 pagi ini.
JOHOR BAHRU: Flood victims in this state rose sharply to 5,818 victims involving 1,540 families with 56 temporary evacuation centres (PPS) opened in seven districts, as of 7.30 this morning.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata tujuh daerah paling terjejas ialah Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru diikuti Kulai, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.
Johor Health and Environment Committee Chairman, R Vidyananthan, said the seven most affected districts are Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru followed by Kulai, Batu Pahat, Mersing and Pontian.
Hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi kelmarin itu menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air banjir berikutan sungai utama yang melimpah.
Continuous heavy rain since early morning the day before yesterday caused several low-lying areas to be submerged by floodwater following the main river that overflowed.
Paling teruk terjejas adalah di kawasan Skudai, di sini, apabila lebih 200 rumah di Kampung Jaya Sepakat dan Kampung Laut tenggelam sehingga ke bumbung berikutan limpahan air Sungai Skudai sejak Jumaat lalu.
The worst affected was the Skudai area, here, when more than 200 houses in Kampung Jaya Sepakat and Kampung Laut were submerged up to the roof due to the overflow of Sungai Skudai since last Friday.
Banjir yang masuk hari ketiga hari ini turut mengorbankan nyawa seorang warga emas wanita, Halijah Majid, 59, dari Kampung Contoh di Pekan Kahang, petang semalam, yang lemas selepas tergelincir ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya ketika cuba keluar untuk ke PPS.
The flood that entered its third day today also claimed the life of an elderly woman, Halijah Majid, 59, from Kampung Contoh in Pekan Kahang, yesterday afternoon, who drowned after slipping into a large drain in front of her house while trying to go out to the PPS.
Rakyat Johor diminta terus berwaspada berikutan Jabatan Metereologi Malaysia masih mengeluarkan amaran cuaca buruk berwarna jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Johor Bahru; Kota Tinggi; Kluang; Kulai; Pontian; Mersing; Batu Pahat dan Segamat.
The people of Johor are asked to remain cautious as the Malaysian Meteorological Department is still issuing an orange bad weather warning with heavy rain expected to continue in the areas of Johor Bahru; Kota Tinggi; Kluang; Kulai; Pontian; Mersing; Batu Pahat and Segamat.