Mod 2 - Unit 1 - Lesson 2 Text 1 Geografi Malaysia Flashcards
(22 cards)
Malaysia ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²).
Malaysia is a country in Southeast Asia that consists of thirteen states and three federal territories, occupying land with an area of 329,847 square kilometers (127,350 square miles).
Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
Malaysia is divided into two regions that flank the South China Sea, namely Peninsular Malaysia and East Malaysia.
Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Negeri Thai, Indonesia, dan Brunei dan sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.
Malaysia shares land borders with Thailand, Indonesia, and Brunei and maritime borders with Singapore and the Philippines.
Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.
The capital of Malaysia is Kuala Lumpur, while Putrajaya is the federal government center.
Pada tahun 2019, Malaysia diduduki 32.7 juta penduduk.
In 2019, Malaysia was inhabited by 32.7 million people.
Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut.
Malaysia consists of various landforms, namely highlands, lowlands, basins, and coastal edges.
Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.
The highland areas in Malaysia are located in the central part of Peninsular Malaysia and the interior of Sabah and Sarawak.
Tanah tinggi utama di Malaysia ialah Banjaran Bintang, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.
The main highlands in Malaysia are the Bintang Range, Titiwangsa Range, Tahan Range, and Crocker Range.
Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran laut.
The lowland areas in Malaysia are located in river valleys and near the sea.
Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu.
Malaysia is surrounded by the South China Sea, the Straits of Malacca, the Sulawesi Sea, and the Sulu Sea.
Hutan Hujan Tropika ialah hutan yang paling luas dan terpenting di Malaysia.
Tropical Rainforest is the most extensive and important forest in Malaysia.
Hutan ini meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia.
This forest covers about 70% of the total forest area in Malaysia.
Kira-kira 46% daripada keluasan hutan ini terdapat di negeri Sarawak, 31% di Semenanjung Malaysia dan 23% di negeri Sabah.
About 46% of this forest area is in the state of Sarawak, 31% in Peninsular Malaysia, and 23% in the state of Sabah.
Hutan ini terdapat di kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pendalaman Sabah dan Sarawak.
This forest exists at the foothills or mountain slopes in the central part of Peninsular Malaysia and in the interior of Sabah and Sarawak.
Ciri-ciri iklim Malaysia termasuk mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak.
Characteristics of Malaysia’s climate include having uniform temperature, high humidity, and a lot of rain.
Cuaca Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun.
Malaysia’s weather is hot and humid throughout the year.
Purata suhu adalah antara 26 darjah Celsius hingga 32 darjah Celsius.
The average temperature is between 26 degrees Celsius to 32 degrees Celsius.
Hujan tahunan antara 2000mm hingga 2500mm.
Annual rainfall is between 2000mm and 2500mm.
Angin pada amnya tidak kencang.
Winds are generally not strong.
Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan meskipun pada musim kemarau teruk.
Malaysia, which is located in the equatorial region, very rarely has cloudless skies even during severe drought.
Bencana alam yang boleh berlaku di Malaysia ialah banjir dan tanah runtuh.
Natural disasters that can occur in Malaysia are floods and landslides.
Bencana alam seperti ini sering terjadi pada musim hujan dan disebabkan oleh hujan lebat.
Such disasters often happen during the rainy season and are caused by heavy rain.