Mod 2 - Unit 1 - Lesson 13 Text 5 Kampung Temenin Flashcards
(11 cards)
Kampung Temenin terletak di tebing dan muara Sungai Rusa, di sebelah barat daya banjaran Gunung Titiwangsa.
Kampung Temenin is located on the bank and estuary of the Rusa River, to the southwest of the Titiwangsa mountain range.
Sungai Rusa mengalir dari timur-laut ke barat daya ke arah Selat Melaka.
The Rusa River flows from the northeast to the southwest towards the Straits of Melaka.
Kampung Temenin bergunung-ganang dan letaknya di pinggir hutan tebal.
Kampung Temenin is mountainous and located on the edge of dense forest.
Tanah di kampung ini subur dan banyak terdapat kebun buah-buahan seperti durian dan manggis serta ladang kelapa sawit di sini.
The soil in this village is fertile and there are many fruit orchards such as durian and mangosteen as well as oil palm plantations.
Kebanyakan rumah di kampung ini dibina di kawasan kaki bukit kerana pada musim hujan air Sungai Rusa sering melimpah dan menyebabkan banjir.
Most houses in this village are built at the foothills because during the rainy season, the Rusa River often overflows and causes floods.
Untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh, penduduk di sini menanam banyak pokok di lereng bukit.
To avoid landslides, the villagers plant many trees on the hillslopes.
Jalan-jalan di sekitar kampung ini merupakan jalan berturap dan semua jalan dalam keadaan baik, kecuali jalan menghala ke lebuh-raya yang dikambus tanah runtuh akibat hujan lebat.
The roads around this village are tarred roads and all are in good condition, except for the road leading to the highway which is blocked by a landslide due to heavy rain.
Hujan lebat seperti ini selalu berlaku pada musim hujan dan kadang-kadang disertai dengan ribut petir di Kampung Temenin.
Such heavy rain often occurs during the rainy season and is sometimes accompanied by thunderstorms in Kampung Temenin.
Berhampiran Kampung Temenin ada sebuah pusat latihan tentera.
Near Kampung Temenin, there is a military training centre.
Keluasan kawasan latihan tentera ini lebih kurang 100 km panjang dan 75 km lebar.
The area of this military training centre is approximately 100 km long and 75 km wide.
Kawasan latihan ini terletak di kawasan tanah tinggi.
This training area is located in a highland area.