Mod 2 - Unit 3 - Lesson 12 Text 5 TLDM dan RAN jalani eksesais MASTEX 2017 Flashcards
(13 cards)
LUMUT, 3 Okt – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Australia (RAN) menjalani Eksesais Latihan Laut Malaysia – Australia 2017 (MASTEX 2017) yang dapat memantapkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara.
LUMUT, 3 Oct – The Royal Malaysian Navy (RMN) and the Royal Australian Navy (RAN) carried out the 2017 Malaysia–Australia Sea Training Exercise (MASTEX 2017), which can strengthen the military relationship of both countries.
Eksesais itu ialah latihan dua hala tahunan membabitkan aset Armada Barat TLDM dan RAN yang dilaksanakan secara eksesais latihan di medan (FTX) dengan keutamaan peperangan maritim bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini.
The exercise is an annual bilateral training involving assets of the RMN Western Fleet and RAN, conducted as a field training exercise (FTX) with a focus on maritime warfare starting today until this 7 October.
Seramai 430 anggota kedua-dua pasukan menyertai latihan antaranya seperti latihan menembak meriam utama pada sasaran permukaan dan udara, pertukaran anggota kapal dan latihan navigasi lain.
A total of 430 personnel from both teams participated in the training, among them such as main gun firing training at surface and air targets, exchange of ship crew and other navigation training.
Eksesais ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa pelabuhan di Tambatan Pangkalan Lumut, fasa laut dan fasa penutup.
This exercise is divided into three phases, namely the harbour phase at the Lumut Base Berth, the sea phase and the closing phase.
Timbalan Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Ajis berkata latihan dua hala yang dijalankan sejak 2002 itu membuktikan keyakinan dan kepercayaan tinggi kedua-dua negara.
Deputy Commander of the RMN Western Fleet, First Admiral Abu Bakar Mohd Ajis said the bilateral training conducted since 2002 proves the high confidence and trust of both countries.
Katanya lagi, melalui eksesais yang dijalankan itu, anggota TLDM berpeluang mempelajari dan meningkatkan kemahiran membabitkan teknologi canggih yang ada pada aset RAN.
He further said, through the exercise conducted, RMN personnel had the opportunity to learn and improve skills involving advanced technology found on RAN assets.
“Eksesais ini juga landasan terbaik sebagai persediaan sebelum kita menyertai eksesais lebih besar, iaitu eksesais KAKADU pada Oktober tahun hadapan,” katanya selepas Majlis Pembukaan Eksesais MASTEX 2017 di Pangkalan TLDM, di sini hari ini.
“This exercise is also the best platform as preparation before we participate in a bigger exercise, which is Exercise KAKADU in October next year,” he said after the Opening Ceremony of MASTEX 2017 at the RMN Base, here today.
Katanya, pembabitan pesawat baharu milik Australia iaitu P8-Poseidon dalam latihan ini bakal meningkatkam kemahiran anggota TLDM dalam pengurusan pesawat dan anggota turut berpeluang menggunakannya.
He said the involvement of the new Australian aircraft, the P8 Poseidon, in this training will enhance RMN personnel’s skills in aircraft management and personnel also have the opportunity to use it.
“Pesawat baharu itu mempunyai keupayaan teknologi canggih mengesan kapal selam dan ini memberikan kelebihan kepada kita.
“That new aircraft has advanced technology capability to detect submarines and this gives us an advantage.
Biarpun kita tidak memiliki pesawat seperti itu, namun berkemungkinan suatu hari nanti kita juga berupaya mempunyai pesawat sebegini,” katanya.
Although we do not possess such an aircraft, it is possible that one day we may also be able to have an aircraft like this,” he said.
Sementara itu, Pegawai Memerintah Kapal HMAS Toowomba, Komander Stuart Watters, berkata latihan itu menjadi landasan kedua-dua negara untuk menguatkan hubungan ketenteraan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pasukan.
Meanwhile, the Commanding Officer of HMAS Toowoomba, Commander Stuart Watters, said the training became a platform for both countries to strengthen military relations and benefit both teams.
Katanya, latihan itu ialah program ketenteraan yang membabitkan aspek latihan fizikal dan teknikal selain turut berkongsi idea dalam menjalankan tugas.
He said the training is a military program involving aspects of physical and technical training in addition to also sharing ideas in carrying out duties.
“Selain program ketenteraan membabitkan latihan fizikal serta teknikal, kita juga dapat berkongsi idea dan perspektif dalam menjalankan tugas menjaga perairan negara masing-masing,” katanya.
“Besides military programs involving physical and technical training, we can also share ideas and perspectives in carrying out the task of guarding each country’s waters,” he said.