Mod 2 - Unit 3 - Lesson 22 Teks 8 Program Jiwa Murni Erat Hubungan Flashcards
(10 cards)
Program Jiwa Murni Erat Hubungan
Jiwa Murni Program Strengthens Relations
Ketika aman, latihan digandakan setiap cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melengkapkan anggotanya dengan ilmu peperangan.
During peacetime, training is intensified across all branches of the Malaysian Armed Forces (ATM) to equip its personnel with warfare knowledge.
Selain menguji keupayaan tempur anggota, latihan berterusan juga diadakan bagi menguji keberkesanan aset yang bukan sahaja merangkumi persenjataan, tetapi juga menguji kenderaan serta keupayaan aset bantuan tempur yang lain seperti peralatan komunikasi.
In addition to testing combat readiness, continuous training is also conducted to test the effectiveness of assets, not only including weaponry, but also vehicles and the capability of other combat support assets such as communications equipment.
Pada masa aman juga, anggota ATM didedahkan pelbagai program untuk mendekatkan diri dengan masyarakat, khususnya bagi mengisi masa terluang selepas latihan dan tugas rutin menjaga keselamatan serta mengawal aktiviti di sempadan.
In peacetime, ATM personnel are also exposed to various programs to build closer ties with the public, especially to fill their time after training and routine duties of ensuring security and monitoring activities at the border.
Program Jiwa Murni yang diperkenalkan sejak era peperangan menentang pengganas komunis pada awal tahun 1970-an antara aktiviti khidmat masyarakat yang masih relevan dianjurkan ATM ketika negara sedang mengecapi suasana aman.
The Jiwa Murni Program, introduced during the anti-communist insurgency in the early 1970s, is one of the community service activities still relevant and organised by ATM during peacetime.
Program tersebut bukan saja memberi faedah kepada penduduk di lokasi program dianjurkan kerana mereka menikmati pelbagai perkhidmatan secara percuma yang disediakan ATM, malah pada masa sama dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
This program not only benefits residents at the locations where it is held — as they enjoy various services provided by ATM for free — but it also helps foster closer relations with the local community.
Pada era penentangan pengganas komunis, program Jiwa Murni diadakan bagi membentuk jalinan kerjasama dengan penduduk tempatan dengan matlamat untuk mewujudkan jalinan rangkaian sumber maklumat bagi membantu mengesan sebarang aktiviti musuh.
During the anti-communist insurgency era, the Jiwa Murni program was organised to build cooperation with the local population with the goal of forming an information network to help detect any enemy activity.
Pendekatan itu ternyata berkesan hingga membuatkan pengganas komunis tidak berani membina tempat persembunyian berdekatan penempatan penduduk, khususnya di lokasi yang pernah dianjurkan program Jiwa Murni.
This approach proved effective to the extent that communist insurgents did not dare to set up hideouts near civilian settlements, especially in areas where the Jiwa Murni program had been conducted.
Program Jiwa Murni terus menjadi aktiviti utama ATM ketika negara kini sedang mengecapi keamanan.
The Jiwa Murni program continues to be a core activity of ATM as the country enjoys peace.
Program ini bukan saja mampu membentuk jalinan kerjasama dengan orang awam, tetapi juga memberi peluang kepada ATM memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakat.
This program not only helps establish cooperation with civilians, but also gives ATM the opportunity to contribute their service and dedication to society.