Mod 2 - Unit 3 - Lesson 16 Aspek Latihan Flashcards
(25 cards)
Aspek latihan perlu diberi perhatian bagi memastikan tentera terlatih
Training aspects need to be given attention to ensure a well-trained military
MIRI: Aspek latihan merupakan tonggak utama perlu diberi perhatian dalam memastikan seseorang itu menjadi anggota tentera terlatih.
MIRI: Training is a key pillar that must be emphasised to ensure a person becomes a well-trained soldier.
Pegawai Memerintah Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Leftenan Kolonel Azmi Ali berkata walaupun banyak kejayaan dikecapi dalam latihan
The Commanding Officer of the 20th Battalion of the Royal Malay Regiment (20 RAMD), Lieutenant Colonel Azmi Ali, said that although many successes have been achieved in training
Namun anggota tidak seharusnya berasa selesa dengan pencapaian itu
However, personnel should not become complacent with those achievements
Sebaliknya banyak ruang perlu diperbaiki agar piawaian ditetapkan tercapai.
Instead, there is much room for improvement to meet the required standards.
“Sebagai seorang tentera, aset terpenting perlu dimiliki adalah kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.”
“As a soldier, the most important assets one must have are skills, knowledge, and experience in their respective areas of expertise.”
“Untuk tahun 2018 ini, saya mengingatkan anggota 20 RAMD agar meningkatkan kemahiran menembak, ilmu medan perang dan taktik, disiplin, kepimpinan serta semangat setia kawan tiada batasnya bagi menjadi seorang perajurit profesional,”
“For 2018, I remind 20 RAMD members to improve their shooting skills, battlefield and tactical knowledge, discipline, leadership, and an unbounded spirit of camaraderie to become professional soldiers,”
Katanya pada Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Batalion 20 RAMD ke-41 di Kem Sri Miri di sini pagi kelmarin.
He said this at the 41st Anniversary Parade of the 20 RAMD Battalion at Kem Sri Miri here the day before yesterday.
Pegawai Memerintah 20 RAMD ke-22 itu turut mengingatkan anggotanya sentiasa peka keadaan semasa walaupun keselamatan serantau realitinya aman dan terkawal.
The 22nd Commanding Officer of 20 RAMD also reminded his members to always be alert to current situations even though regional security is seemingly peaceful and under control.
Menurutnya, dalam keadaan terkawal tidak bererti tiada wujud sebarang ancaman
According to him, a controlled situation does not mean there are no threats
Malah bersifat lebih kompleks dan berbentuk multi dimensi.
In fact, threats are more complex and multi-dimensional.
“Justeru, saya mengingatkan semua peringkat anggota sentiasa peka dengan keadaan semasa walaupun kita menikmati kedamaian serta keharmonian hidup hari ini,” jelasnya.
“Therefore, I remind all ranks to stay alert to the current situation even though we are enjoying peace and harmonious living today,” he explained.
Azmi berkata, dalam usaha mengejar kecemerlangan dan kejayaan anggota tidak harus leka serta membiarkan mereka cuba melanggar peraturan serta mencemarkan imej pasukan
Azmi said that in the pursuit of excellence and success, members must not become complacent or allow themselves to violate rules and tarnish the image of the unit
Dan akhirnya mengakibatkan kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipersoal atau diperlekehkan.
Which would ultimately result in the credibility of the Malaysian Armed Forces (ATM) being questioned or undermined.
Sehubungan itu, beliau mengajak semua warga pasukan bersama memantau dan mengekang segala perilaku dan tatatertib yang boleh memudaratkan perkhidmatan
Accordingly, he urged all members of the unit to monitor and curb all conduct and discipline issues that could harm the service
Supaya imej pasukan khasnya Tentera Darat tidak tercemar.
So that the image of the unit, especially the Army, remains untarnished.
Mengimbas sejarah penubuhan 20 RAMD, Azmi memberitahu bahawa pasukan tersebut ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1977 di Jabatan Arah Infantri Kementah Malaysia
Recalling the history of 20 RAMD’s establishment, Azmi stated that the unit was officially formed on 1 January 1977 at the Infantry Directorate, Malaysian Ministry of Defence
Sebelum ditempatkan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan pada tahun sama.
Before being stationed at Kem Desa Pahlawan, Kelantan, in the same year.
Namun, ekoran usaha pembesaran dan pembangunannya, pasukan 20 RAMD beberapa kali berpindah lokasi
However, due to expansion and development efforts, the 20 RAMD unit relocated several times
Seperti di Kem Desa Pahlawan Kelantan, Kem Senawang Seremban, Negeri Sembilan dan kemudian di Miri pada 9 Disember 1999 sehingga sekarang.
Including Kem Desa Pahlawan in Kelantan, Kem Senawang in Seremban, Negeri Sembilan, and finally in Miri on 9 December 1999 until now.
Katanya, dalam meniti usia mencapai 41 tahun, 20 RAMD berjaya menonjolkan kematangan dalam pelaksanaan tugas
He said that as it reaches the age of 41, 20 RAMD has demonstrated maturity in its execution of duties
Baik dari segi operasi, latihan mahupun Projek Jiwa Murni.
Be it in operations, training, or the Jiwa Murni Project.
Ini terbukti, apabila pasukan itu berjaya melaksanakan segala mandat dan pengarahan disusun oleh pucuk pimpinan tanpa berlakunya sebarang masalah.
This is proven as the unit successfully carried out all mandates and instructions from leadership without any issues.
Dalam pada itu, seramai 17 pegawai dan 240 anggota lain-lain pangkat menyertai acara perbarisan
Meanwhile, 17 officers and 240 other ranks participated in the parade