Mod 2 - Unit 2 - Lesson 11 TUDM Text 5 Flashcards
(24 cards)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Royal Malaysian Air Force (RMAF)
Pada 2 Jun 1958 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah ditubuhkan dengan hanya sebuah pesawat udara Twin Pioneer.
On 2 June 1958, the Royal Malaysian Air Force (RMAF) was established with only one Twin Pioneer aircraft.
TUDM pada masa itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
At that time, RMAF was based in Kuala Lumpur.
Operasi tentera TUDM pada ketika itu ditumpukan ke arah memberi bantuan taktik udara kepada Pasukan Keselamatan dalam operasi menentang pengganas komunis di Semenanjung Malaysia.
The military operations of RMAF at that time focused on providing air tactical support to the Security Forces in operations against communist terrorists in Peninsular Malaysia.
Walau bagaimanapun, peranan utama TUDM adalah untuk memelihara kedaulatan ruang udaranya.
However, the main role of the RMAF is to maintain the sovereignty of its airspace.
Peranan TUDM
Role of RMAF
Matlamat TUDM secara menyeluruh adalah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara.
The overall objective of RMAF is to prepare, operate, and mobilise an air force that is always ready and capable of projecting air power to protect and safeguard national interests.
Sebagai salah satu elemen pertahanan dalam Angkatan Tentera Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
As one of the defence elements in the Malaysian Armed Forces, RMAF plays the role of carrying out the following tasks:
- Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai di samping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh.
- Control of Airspace for peaceful purposes and preventing its use by the enemy.
Tugas ini melibatkan serangan ofensif atau “offensive airstrike”, tindak-balas udara defensif atau “defensive counter-air” dan operasi pencegahan udara atau “defensive suppressive”.
This task involves offensive airstrikes, defensive counter-air operations, and defensive suppressive air operations.
- Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara.
- Application of Force to address surface threats, whether on land or in the air.
Tugas ini melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.
This task involves strategic attacks, operations, and maritime strikes.
- Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, tindak-balas elektronik atau “electronic counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.
- Force Enhancement to increase capabilities in the air and on land, involving air refueling missions, surveillance and reconnaissance, transport missions, electronic countermeasures, and air combat rescue operations.
- Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya.
- Force Endurance to successfully conduct operations.
Tugas ini melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.
This task involves base defence, logistics support, and base support to provide essential services to the organisation and personnel.
Struktur Organisasi
Organisational Structure
TUDM disusun kepada tiga sistem organisasi utama seperti berikut:
The RMAF is structured into three main organisational systems as follows:
- Markas TUDM: Markas ini ialah puncak organisasi TUDM yang mengatur perancangan, pembangunan, doktrin, eksesais, pangkalan dan penggunaan aset TUDM.
- RMAF Headquarters: This is the organisational pinnacle of the RMAF, which manages planning, development, doctrine, exercises, bases, and the use of RMAF assets.
- Divisyen Udara: Dalam TUDM terdapat dua Divisyen Udara yang terletak di lokasi berikut:
- Air Divisions: The RMAF has two Air Divisions located at the following locations:
Divisyen Udara Pertama - TUDM Subang, TUDM Kuala Lumpur, TUDM Butterworth, TUDM Kuantan dan TUDM Gong Kedak
First Air Division – RMAF Subang, RMAF Kuala Lumpur, RMAF Butterworth, RMAF Kuantan, and RMAF Gong Kedak
Divisyen Udara Ke-2 - TUDM Kuching dan TUDM Labuan
Second Air Division – RMAF Kuching and RMAF Labuan
- Skuadron dan unit: merupakan agensi pelaksanaan utama dan dilengkapi dengan sumber-sumber untuk beroperasi dan berlatih.
- Squadrons and units: These are the main implementation agencies, equipped with resources for operations and training.
Aset TUDM
RMAF Assets
TUDM mempunyai pelbagai pesawat udara yang terdiri daripada Pesawat Pejuang, Pesawat Pengangkut, Pesawat Peronda Maritim, Helikopter, Pesawat Pelatih dan Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV).
The RMAF has various aircraft consisting of Fighter Aircraft, Transport Aircraft, Maritime Patrol Aircraft, Helicopters, Trainer Aircraft, and Unmanned Air Vehicles (UAVs).