Mod 2 - Unit 2 - Lesson 15 Markas TDM Translating Task Flashcards
(34 cards)
MARKAS TENTERA DARAT
ARMY HEADQUARTERS
Markas Tentera Darat ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai mercu superstruktur organisasi ATM.
The Army Headquarters is located at the Ministry of Defence as the pinnacle of the ATM organizational superstructure.
Markas ini merupakan kombinasi unik sebagai sebuah organisasi pembuat dasar dan juga bertindak sebagai Markas Pemerintahan.
This headquarters is a unique combination as a policy-making organization and also functions as a Command Headquarters.
Markas Tentera Darat terdiri daripada sub-sistem berikut:
The Army Headquarters consists of the following sub-systems:
Elemen Pemerintahan
Command Element
Bahagian Staf
Staff Division
Bahagian Simpanan
Reserve Division
Bahagian Inspektorat
Inspectorate Division
Jabatan Arah
Technical Branches
Elemen Pemerintahan
Command Element
Panglima Tentera Darat dengan dibantu oleh timbalannya bertanggungjawab di atas segala fungsi pemerintahan.
The Army Commander, assisted by his deputy, is responsible for all command functions.
Bahagian Staf
Staff Division
Bahagian ini diketuai oleh Ketua Staf yang bertanggungjawab di atas fungsi harian Markas Tentera Darat.
This division is led by the Chief of Staff, who is responsible for the daily functions of the Army Headquarters.
Bahagian ini mengendalikan aspek-aspek seperti perancangan dan pembangunan, operasi dan latihan, perisikan, tenaga manusia dan lojistik.
This division manages aspects such as planning and development, operations and training, intelligence, human resources, and logistics.
Bahagian Simpanan
Reserve Division
Bahagian Simpanan yang diketuai oleh seorang Mejar Jeneral bertanggungjawab ke atas segala aspek Pasukan Simpanan merangkumi anggota sukarela dan simpanan.
The Reserve Division, led by a Major General, is responsible for all aspects of the Reserve Force, including volunteer and regular reserve members.
Pasukan Simpanan disusun dalam bentuk rangka pasukan yang boleh diperbesarkan apabila perlu dalam masa singkat.
The Reserve Force is organized in a framework that can be expanded quickly when needed.
Bahagian Inspektorat
Inspectorate Division
Bahagian ini diketuai oleh seorang Mejar Jeneral.
This division is led by a Major General.
Bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan pemeriksaan ke atas kesediaan operasi semua pasukan Tentera Darat.
This division is responsible for conducting inspections on the operational readiness of all Army units.
Cawangan ini akan membantu kepimpinan Tentera Darat dalam membuat keputusan melalui maklum balas daripada semua unit di medan.
This branch assists Army leadership in making decisions through feedback from all field units.
Jabatan Arah
Technical Branches
Terdapat sebelas Jabatanarah pelbagai Bahagian dan Perkhidmatan Pakar Tentera Darat.
There are eleven Technical Branches under various Divisions and Specialist Services of the Army.
Jabatanarah-jabatanarah ini bertindak sebagai Penasihat Pakar kepada Panglima Tentera Darat mengenai hal ehwal teknik yang berkaitan dengan Bahagian dan Perkhidmatan masing-masing.
These Technical Branches act as specialist advisors to the Army Commander on technical matters related to their respective Divisions and Services.